Patah jari dan kecederaan paha, Vitoria kehilangan 2 tonggak utama menentang Arsenal.

SEJAK diundi berada di dalam kumpulan yang sama bersama Arsenal untuk saingan Liga Europa, Vitoria de Guimaraes bagaikan tidak sabar untuk menguji kekuatan pasukan terhebat London.


Kunjungan mereka ke Stadium Emirates minggu ini merupakan cabaran yang paling sukar dalam jadual mereka, dalam misi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

Dengan harapan tinggi untuk menguji Arsenal (Jumaat ini, 25 Oktober jam 3 pagi waktu Malaysia), ternyata ianya merupakan minggu yang sangat buruk untuk mereka dalam menempuhi perlawanan tersebut.

Vitoria ketika ini berada dalam kedudukan yang sangat teruk di Liga Europa dengan menghuni tangga tercorot kumpulan, tanpa sebarang mata setelah mengharungi dua perlawanan.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Arsenal 2 2 0 0 7 0 +7 6
2 Standard Liège 2 1 0 1 2 4 −2 3
3 Eintracht Frankfurt 2 1 0 1 1 3 −2 3
4 Vitória de Guimarães 2 0 0 2 0 3 −3 0

Bagaikan 'sudah jatuh ditimpa tangga', begitulah situasi yang dihadapi kelab Portugal ini apabila baru sahaja tersingkir dari Piala Portugal oleh pasukan divisyen keempat, Sintra melalui penentuan sepakan penalti hujung minggu lalu (Sabtu, 19 Oktober).

Dan untuk membuat keadaan berburuk, Vitoria akan ke London tanpa dua pemain penting.

Valeriy Bondarenko, 25 tahun merupakan pertahanan Vitoria yang dipinjamkan dari kelab Shakhtar Donetsk.
Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Record dua hari lau, Valeriy Bondarenko dan Lucas Evangelista, kedua-dua pemain utama kelab itu tidak dapat mengikut rombongan ke Stadium Emirates setelah menerima kecelakaan.

Lucas Evangelista, 24 tahun merupakan pemain tengah Vitoria yang dipinjamkan dari Nantes.
Bondarenko mengalami patah jari, sementara Evangelista pula mengalami kecederaan paha.

Laporan Record dua hari lalu.
Mereka adalah dua pemain yang paling banyak digunakan musim ini, dan kini tidak dapat menyertai perlawanan di London, menentang Arsenal.

Sudah pasti ianya adalah satu kelebihan buat Arsenal, namun malang buat Vitoria.

Post a Comment

Previous Post Next Post