Pendapat : Punca mengapa Ozil dipinggirkan Emery dan siapakah bermasalah sebenarnya.

SEJAK kempen Liga Perdana Inggeri (EPL) bermula Ogos lepas, Ozil seakan-akan tidak wujud dalam kem Arsenal kendalian Unai Emery. 



Situasi ini membuatkan para penyokong tertanya-tanya dan bermain dengan khabar angin yang tidak sahih. 

Apakah punca sebenar Ozil tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal? 
Adakah Ozil tidak cukup cergas, atau ada playmaker yang lebih layak berbanding Ozil? 

Setelah berminggu-minggu penuh persoalan, akhirnya satu klip video bagaikan menjawab apa sebenarnya krisis yang melanda diantara Emery dan Ozil.

Klip video yang berdurasi 20 saat itu boleh disimpulkan bahawa masalah Arsenal adalah berpunca dari Emery bukannya Ozil. 


Dan secara terperincinya ia adalah masalah berkenaan Vision atau Visi. Kita semua sedia maklum, bahawa Ozil memiliki satu elemen yang jarang ada pada pemain lain, keupayaan untuk melihat beberapa saat kehadapan sebelum membuat hantaran. 


Tak kira lah Laser Pass, Short Pass, Thru Pass dan lain-lain yang dijelmakan kepada gol adalah berpandukan Visi. 

Ianya kalau dilakukan oleh Ozil adalah satu yang tak terjangka oleh pemain lawan, malahan kita sendiri selaku penonton juga tidak menjangkakan tindakan (hantaran) yang akan dibuatnya. 


Itu lah Visi dalam permainan Ozil, cop mohor Ozil.

Bukan sahaja memiliki Visi yang 'gile' dalam melakukan hantaran ataupum mencipta bantuan gol, malahan  beliau turut memiliki 'trade mark' tersendiri yang dianggap 'gile' dalam menjaringkan gol.

Trade mark gol dijaringkan Ozil.
Gol yang dijaringkan beliau juga pelik sebagaimana hantaran pelik beliau, dengan memiliki ketenangan 'abadi' ketika menyempurnakan peluang terhidang di depan gawang lawan.
Antara gol terbaik Ozil.
Berpandukan beberapa analisis permainan dan rentak Arsenal dalam perlawanan besar menentang Liverpool dan Spurs, ataupun perlawanan paling bodoh setakat ini iaitu menentang Watford, nyata Unai Emery tidak memiliki apa yang Ozil ada iaitu Vision atau Visi.

Seorang pengurus haruslah mempunyai Visi yang lebih besar dari pemain. Hari ini jika kita lihat permainan Arsenal, nyata Visi Ozil lagi besar dari Visi Emery.

Bermain dengan tiada Visi dan hantaran kebelakang mendominasi hantaran kehadapan membuktikan Emery sudah hilang akal dalam menentukan bentuk taktikal Arsenal.


Arsenal hari ini bermain bolasepak rigid dan tidak percaya dengan kebolehan sendiri.

Tiada lagi Free Flowing Football yang satu ketika menguasai EPL, sehingga di copy ori oleh pasukan lain.

Emery hari ini membawa Arsenal kebelakang dari segi taktikal yang banyak menjerat pemain, seterusnya menghadiahkan gol yang tidak patut kepada pihak lawan.

Lihat sahaja lah gol-gol hasil kesilapan benteng pertahanan adalah kerana Emery percaya serangan atau build up harus bermula dengan Leno.

Satu taktikal yang nyata belum masak, belum matang, tapi Emery mahu juga mengambil risiko yang akhirnya menjahanamkan Arsenal.

Disini kita boleh nampak, siapa sebenarnya yang bermasalah. Ok, Ozil seringkali dikatakan 'malas' kerana jarang track back bila kehilangan bola.

Tapi nisbah kehilangan bola dengan hantaran bervisi adalah sangat jauh. Dan sekali lagi, malas track back Ozil jarang menghadiahkan gol jika dibandingkan dengan salah faham antara pertahanan dan penjaga gol.

Memenggirkan Ozil atas alasan tidak sesuai dengan taktikal sekarang adalah keputusan yang tiada Visi.

Formasi 4-3-3 yang tiada Visi, tiada idea dan tiada Winning Mentality.


Unai Emery kalau nak kekal di Emirates, haruslah mengubah atau mengimprovasi sistem dan formasi Arsenal.

Ozil adalah sistem utama Arsenal bukannya Xhaka atau Geundozi. Ceballos walaupun cemerlang dalam beberapa perlawanan, masih lagi belum boleh menjadi sistem kepada serangan Arsenal.

Sebagaimana Jugen Klopp percaya dengan sistem bersandarkan Firmino, Emery seharusnya meletakkan kepercayaan kepada Ozil.

Ini tahun kedua Emery, jika dibandingkan dengan Arsene Wenger, Emery sudah jauh ketinggalan samada dari segi development, trofi dan DNA.

VISI adalah satu elemen yang tiada pada Unai Emery, VISI yang akan membawa kepada kemajuan Arsenal.



Video The Cutback!
Tulisan asal: Niv The Navara Cutback

Post a Comment

Previous Post Next Post