Bilakah Emery akan menekan 'butang menyerang', rumusan corak permainan setakat ini.

ARSENAL menjaringkan 12 gol setakat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bolos sebanyak 11 kali.



Selaku pasukan besar dalam EPL dan berada dalam golongan EMPAT kuasa besar sebelum jatuh ke dalam kumpulan Kuasa Enam terhebat, Arsenal sememangnya terkenal dengan corak pemainan menyerang dan menarik (beauty football).


Boleh dikatakan permainan yang dipamerkan Arsenal ketika ini sangat membosankan (maaf cakap) walaupun memenangi perlawanan.

Emery menekankan untuk bermula dari bawah, bermula dengan 'keeper' dalam melakukan 'build up' pasukan.

Namun hasilnya bukanlah selalunya indah, malahan boleh dikatakan lebih mengundang kemudaratan kepada pasukan.

SERANGAN

Arsenal ketika ini berada ditangga ke-8 dari segi jumlah jaringan gol dan berada diatas Manchester United yang turut dikenali kuasa besar bolasepak Inggeris.

Namun pasukan seperti Aston Villa, Bournemouth dan Leicester lebih berbisa dengan mencatatkan jumlah jaringan lebih banyak berbanding  pasukan kendalian Unai Emery ketika ini.

Manakala Manchester City dan Liverpool masih mengekalkan kekuasaan selaku pasukan yang layak berada di kalangan Enam Kuasa Besar dengan menghuni tangga teratas dikalangan kelab-kelab yang bersaing dalam EPL musim ini, bagi jumlah jaringan yang dicatatkan setakat ini.


Manakala dari segi jumlah percubaan yang dilakukan oleh setiap pasukan, Arsenal jelas terkeluar daripada kelompok 'kuasa besar' dan bagaikan tidak digeruni apabila hanya mencatatkan 13.7 percubaan setiap perlawanan (purata) untuk berada dibelakang Southampton dan Manchester United serta Watford.


Dari segi posisi yang kerap digunakan dalam melakukan serangan, jelas sekali Emery mengharapkan kekuatan pasukan pada sebelah kiri dengan peratusan melalui statistik menunjukan Arsenal berada di tangga ke-3 dalam melakukan serangan dari posisi belah kiri dengan mencatatkan 42% secara keseluruhan.

Statistik keseluruhan menjelaskan Arsenal kerap menggunakan bahagian kiri dalam melancarkan serangan.
Manakala penggunaan ataupun posisi tengah digunakan Arsenal dalam melancarkan serangan pula mencatatkan 24% untuk berada ditangga ke-9 daripada keseluruhan pasukan bertanding.

Penguasaan posisi tengah Arsenal dalam melancarkan serangan.
Pada belah kanan pula, Arsenal berada ditangga ke-15 dikalangan pasukan yang bersaing dalam EPL musim ini apabila mencatatkan 34% dalam melancarkan serangan.

Penggunaan posisi Arsenal pada belah kanan dalam melancarkan serangan.
Pun begitu, walaupun Arsenal banyak melakukan gerakan pada belah kiri dalam melancarkan serangan, jumlah percubaan yang banyak dilakukan The Gunners adalah pada bahagian tengah dengan mencatatkan 71% untuk berada ditangga ke-7 dari keseluruhan pasukan.

Arsenal lebih banyak melakukan percubaan dari sudut tengah.
Daripada statistik diatas, jelas boleh dibaca bahawa Emery mengharapkan kekuatan dibelah kiri pasukan dalam melancarkan serangan dan ini juga membolehkan pihak lawan memperkukuhkan posisi pertahanan tengah mereka dalam menyekat dan menggagalkan usaha serangan Arsenal.


PERTAHANAN

Arsenal bukanlah pasukan yang baik ketika bertahan, ini terbukti apabila mencatatkan kedudukan 'terbaik' dari segi menerima jumlah percubaan daripada pihak lawan.

Skuad kendalian Emery menerima 18 percubaan secara purata untuk setiap perlawanan setakat ini dan Arsenal bersama Tottenham adalah pasukan daripada enam kuasa besar yang membenarkan perkara itu belaku (berada di tangga tertinggi yang menerima jumlah percubaan dari lawan - top 5).


Emery mahukan Arsenal bermain dengan bermula dari bawah, jelas berjaya dalam 'melaksanakan' rancangan beliau itu dan ini terbukti apabila The Gunners (setakat ini) banyak berada dikawasan sendiri berbanding kawasan lawan.

Kedudukan ke-3 dari segi penguasaan bola (hantaran) dikawasan sendiri berbanding kedudukan ke-12 penguasaan bola dikawasan lawan daripada 20 pasukan bertanding musim ini menjelaskan bahawa Arsenal banyak berlegar dikawasan sendiri.

Secara keseluruhannya, Arsenal banyak menguasai kawasan tengah dengan mencatatkan 39%, dengan membenarkan Leno menerima 18 percubaan dari pihak lawan secara purata untuk setiap perlawanan.

Dan bahagian serangan Arsenal hanya membuat 13.7 percubaan (secara purata) kepada pihak lawan.

Arsenal diranking ke-3 paling tinggi berada di kawasan sendiri.
Arsenal berada diranking ke-2 tertinggi dalam penguasaan bahagian tengah dikalangan pasukan yang bersaing dalam EPL musim ini.
Manchester jauh lebih baik dalam penguasaan dikawasan lawan berbanding Arsenal musim ini.


RUMUSAN
Secara kasarnya, dapat dirumuskan Arsenal lebih banyak berkampung dihalaman sendiri (own third dan middle third) dengan melakukan banyak backpass dan sideway pass berbanding menghantar bola ke kawasan final third.

Kekurangan Arsenal mungkin kerana tidak mempunyai pivot dan wing back yang padu ketika ini yang mampu membawa bola kedepan dengan pantas dan efektif.

Serta Emery masih gagal untuk membawa pemain memahami peranan untuk keep possesion di final third dengan efektif dan ini mencerminkan mengapa kita (Arsenal) gagal menguasai bahagian itu.

Ketiadaan ataupun kekurangan pemain yang memiliki kebolehan teknik yang mantap, kompos untuk mengekalkan penguasan serta hantaran yang tepat merencatkan teknikal dan taktikal Emery yang cuba bermain dengan bermula dari bawah.

Dengan barisan pemain yang ada ketika ini, tidak kah wajar buat Emery untuk menukarkan corak bermain Arsenal?

PERSOALAN
Adakah Emery tidak selesa bermain dengan corak menyerang dengan pantas?

Adakah Emery tidak mahu dikatakan meniru ataupun menyamai apa yang diterapkan Wenger sebelum ini bersama Arsenal?

Memiliki Mesut Ozil sudah pasti mampu menggunakan Free Flowing Football, namun pemain tersebut 'direhatkan' Emery yang seakan berdegil dengan taktikal dan teknikal beliau.

Dan bilakah Emery akan menekan 'butang menyerang' untuk kita sama-sama menyaksikan permainan indah dan menarik yang sememangnya cukup sinonim dengan Arsenal.

Perlu diingat, ini adalah Arsenal yang terkenal dengan beauty football yang sentiasa menghiburkan, tidak kira sama ada menang, seri ataupun kalah.

Nota penulis: Tidak pernah merasa bosan menonton permainan Arsenal yang begitu indah dan menarik - Just see Arsenal playing a beautiful game called Football, namun kini ianya diibaratkan lebih teruk daripada taktikal membosankan yang pernah dipamerkan Mourinho satu ketika dahulu.

Nota penulisan: Artikel ini dibuat sebelum perlawanan menentang Bournemouth malam tadi, kemungkinan data yang dipamerkan adalah tidak sama dengan terkini.



Rujukan data dan statistik : WhoScored.

Post a Comment

Previous Post Next Post