BARANG yang lepas usah dikenang, kerana kenangan itu kadang kala menyakitkan.
Kita diberikan rasa untuk merasa dan tempoh 22 tahun Wenger bersama Arsenal telah memberikan kita satu perasaan yang menyeronokkan walaupun penghujungnya bukanlah sesuatu yang indah.
Kita diberikan hati untuk menghargai namun sumbangan Wenger untuk (selama) tempoh beliau bersama The Gunners bagaikan tidak dihargai dipenghujungnya.
Kita diberikan masa untuk menunggu dan tempoh 22 tahun akhirnya berakhir untuk kita menerima pembaharuan.
Kita diberikan akal untuk berfikir namun kadang-kala perasaan marah menguasai kita seterusnya menafikan pemikiran waras sebenar kita.
Kita diberi perasaan untuk mengasihi serta memberikan kasih sayang kita kepada sesorang mahupun Arsenal.
Terlalu banyak untuk diberikan sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian.
Arsene Wenger walau apa pun sebab dan kenapa beliau meninggalkan Arsenal, namun yang pasti beliau berkata bahawa beliau tidak sanggup melihat ARSENAL dimusnahkah setelah penyokong berkempen untuk menyingkirkan beliau.
Dan kempen tersebut telah mewujudkan suasana 'menyakitkan' yang merosakkan reputasi Arsenal di pentas global.
Merci Wenger |
Arsène Wenger has admitted that supporters campaigning for the manager’s removal had created a “hurtful” atmosphere that was damaging Arsenal’s reputation on a worldwide scale.-- The Guardian (22 April 2018)
Ketika ini, agak sukar untuk mengatakan bahawa Unai Emery telah melakukan 'kerosakan' terhadap Arsenal berdasarkan kedudukan liga, apabila membawa The Gunners berada ditangga ke-5 liga.
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Liverpool | 10 | 9 | 1 | 0 | 23 | 8 | +15 | 28 |
2 | Manchester City | 10 | 7 | 1 | 2 | 32 | 9 | +23 | 22 |
3 | Leicester City | 10 | 6 | 2 | 2 | 25 | 8 | +17 | 20 |
4 | Chelsea | 10 | 6 | 2 | 2 | 23 | 16 | +7 | 20 |
5 | Arsenal | 10 | 4 | 4 | 2 | 15 | 14 | +1 | 16 |
6 | Crystal Palace | 10 | 4 | 3 | 3 | 10 | 12 | −2 | 15 |
7 | Manchester United | 10 | 3 | 4 | 3 | 13 | 10 | +3 | 13 |
Pun begitu, Arsenal turut diselubungi dengan kontroversi yang 'menyakitkan' dan mampu merosakan reputasi kelab, dengan sebahagian peminat dan penyokong mula melaungkan kempen #UnaiOut.
Tindakan tersebut difahamkan terjadi kerana corak permainan Arsenal ketika ini tidak begitu menyakinkan selain faktor pemilihan pemain dilakukan Emery.
Ini menyebabkan 'pergolakan' di kalangan penyokong dan peminat Arsenal terjadi ketika ini serta boleh dikatakan bahawa The Gunners menjadi bahan jenaka bukan sahaja dikalangan penyokong sendiri, malahan dikalangan penyokong lain termasuklah pemerhati sukan bolasepak.
Arsenal ketika ini menjadi bahan kutukan, bahan kejian serta bahan jenaka.
Bagi penulis, situasi yang melanda Arsenal ketika ini, dibawah Emery sama ketika era pemerintahan terakhir Wenger yang mana pergolakan dalaman dan dikalangan peminat serta penyokong yang berbeza pendapat, saling bercakaran sesama sendiri.
Malah pemain-pemain Arsenal sendiri dikeji dan dikutuk dari peminat dan penyokong The Gunners sendiri.
Ini jelas merosakan reputasi Arsenal yang terkenal sebagai antara kelab terbesar di dunia dan disegani.

Tindakan Emery yang merehatkan Ozil turut dikecam bukan sahaja daripada penyokong malahan juga dari pemerhati sukan bolasepak termasuklah lagenda kelab.
Sehingga ke hari ini, tidak dapat dipastikan punca mengapa pemain ini tidak digunakan Emery dan alasan yang diberikan beliau juga sukar untuk diterima.
Sehingga ke hari ini, tidak dapat dipastikan punca mengapa pemain ini tidak digunakan Emery dan alasan yang diberikan beliau juga sukar untuk diterima.
Dan reputasi Xhaka pula ketika ini bagaikan 'dihancurkan' oleh tindakan pengendali Arsenal itu, walaupun ianya secara tidak langsung.
Kapten Arsenal itu bukanlah seteruk mana jika dinilai dari segi peranan beliau ketika beraksi, namun tindakan Emery yang sering menurunkan beliau menyebabkan pemain tersebut menerima kutukan.
Namun, Xhaka adalah kapten utama Arsenal dan sudah tentu Emery akan menurunkan beliau dalam setiap perlawanan.
Perkara ini mungkin tidak akan terjadi sekiranya Emery menggunakan 'rotation' pemain tanpa meminggirkan pemain tertentu dan tentu sahaja ianya akan mengurangkan perasaan benci peminat dan penyokong terhadap pemain tersebut.
Lucas Torreira pula tenggelam musim ini selepas mempamerkan aksi cemerlang musim lalu.
Pun begitu, beliau musim ini bukanlah pilihan utama Emery sebaliknya gandingan Xhaka dan Guendouzi kerap kali digunakan pengendali tersebut.
Mungkin Emery ada alasan tersendiri, namun mengabaikan pemain yang cemerlang dan berprofil tinggi mungkin mencetuskan sedikit persoalan.
Lebih-lebih lagi taktikal membosankan Emery bersama Arsenal musim ini, menyebabkan perasaan tidak puas hati muncul dikalangan peminat dan penyokong The Gunners.
Disebalik itu semua, sesuatu yang boleh dipuji adalah Emery memberikan peluang dan kesempatan kepada pemain-pemain muda untuk beraksi, walaupun ianya tidak asing bagi peminat dan penyokong Arsenal, kerana ianya adalah tradisi Arsenal.
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan ada mungkin ada pandangan anda tersendiri.
Melihatkan perkembangan Arsenal ketika ini adalah amat menyedihkan. Bangkitlah segera Arsenal!

#COYG #WeAreTheArsenal