Scholes desak Manchester United tandatangani pemain 'terpinggir' Arsenal, Mesut Ozil.

PEMAIN terpinggir Arsenal, Mesut Ozil menarik perhatian bekas pemain Mannchester United, Paul Scholes.


Manchester United sepatutnya mempertimbangkan untuk menandatangani Mesut Ozil pada jendela perpindahan kedua musim ini (Januari).

Itulah apa yang diperkatakan Paul Scholes mengenai situasi yang melanda bekas pemain kebangsaan Jerman ini.

Pemain perancang itu telah mengalami musim yang sangat mengecewakan di Emirates setakat ini dan jelas khidmat beliau bagaikan tidak diperlukan oleh Emery, yang mana telah membekukan pemain itu dari beberapa perlawanan musim ini.

Ozil hanya memainkan dua perlawanan musim ini di bawah Emery dengan satu-satunya penampilan Liga Perdana adalah ketika mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Watford, bulan lalu.

Dan kekecewaan pemain ini berterusan minggu apabila beliau ditinggalkan dari skuad dan kali ini untuk pertembungan menentang Crystal Palaces di Stadium Emirates, dua hari lalu.

Spekulasi perpindahan beliau ketika ini kuat diperkatakan dengan kelab Turki, Fenerbahce dilaporkan telah mengadakan beberapa siri rundingan bagi mendapatkan pemain itu secara pinjaman pada Januari ini.

Malah turut dilaporkan juga bahawa beliau disebut-sebut sebagai pemain sasaran untuk Inter Milan dan AC Milan.

Tetapi Scholes yang bercakap di studio BT Sport menganggap Ozil merupakan seorang pemain yang Ole Gunnar Solskjaer harus pertimbangkan untuk United menandatanganinya pada Januari nanti.

"Saya tidak boleh memahaminya (membekukan Ozil)," kata Scholes.

"Saya fikir dia adalah pemain yang mampu menghubungkan keseluruhan pasukan. Beliau mempunyai kualiti yang hebat, dia telah menunjukkannya sepanjang kariernya.

"Dia boleh menjadi jawapan [penyelesaian] jangka pendek.

"Saya tidak tahu, saya fikir ia terpulang kepadanya, sama ada dia mahu melihat.

"Saya mungkin merasakan tidak boleh [melihat perpindahan berlaku]. Saya fikir, jangka pendek, dia adalah pemain yang diperlukan United. "

Malah bekas pemain Arsenal dan Manchester United, Robin van Persie turut meluahkan pandangan beliau mengenai situasi yang melanda Ozil kepada BT Sport, dengan berkata: "Ini memalukan, dia salah seorang pemain terbaik mereka.

"Dia benar-benar bagus tapi sesuatu yang tidak kena buat masa ini dengannya dan jurulatihnya jadi diharapkan ia dapat diselesaikan untuk Arsenal."

Martin Keown sebelum ini pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah meragui kemampuan Ozil, namun percaya ianya adalah berkaitan tentang etika kerja.

Pun begitu beliau berharap Emery mampu mencari penyelesaian untuk menurunkan ataupun memainkan Ozil dalam perlawanan seterusnya.


Kemelut yang melanda kapten pasukan, Granit Xhaka memberikan peluang kepada Ozil apabila pengendali Arsenal itu menjelaskan bahawa perancang berbisa itu akan bersama skuad beliau dalam menghadapi perlawanan menentang Liverpool bagi saingan Piala Carabao, awal pagi esok, 3.30pagi waktu Malaysia. 

Post a Comment

Previous Post Next Post