Sanllehi sertai Arsenal satu kerugian besar untuk Barcelona.

SEMUA orang di Barcelona mengakui perpindahan Sanllehi ke Arsenal merupakan satu kerugian besar untuk pasukan La Liga.


Raul Sanllehi meninggalkan Barcelona untuk Arsenal pada 2018 dan pada awalnya menyertai The Gunners sebagai Ketua Perhubungan Bolasepak sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bolasepak (head of football) pada tahun itu.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu
Sebelum itu, beliau bekerja sebagai Pengarah Bolasepak di Camp Nou dan selepas meninggalkan mereka, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menyerahkan tanggungjawab rundingan kepada CEO, Oscar Grau.

Oscar Grau, CEO Barcelona
Edisi Jumaat Sport mendakwa Barcelona ingin membawa pengarah bolasepak baru kerana Bartomeu menganggap kedudukan tersebut merupakan penting di kelab itu.

Laporan Sport edisi Jumaat
Grau telah melakukan kerja rundingan perpindahan dengan baik dan juga mempunyai keyakinan Bartomeu, namun Sanllehi dahulu juga mempunyai tanggungjawab lain dan sebab itulah presiden Barca ingin meringankan beban CEO mereka dengan mencari pengganti kepada tempat yang ditinggalkan Sanllehi.

Laporan Sport itu menjelaskan keadaan semasa di Barcelona, termasuklah menyatakan perpindahan Sanllehi kepada Arsenal adalah satu 'kerugian besar' untuk kelab itu, sesuatu yang 'semua orang setuju' di kelab Catalan.

Laporan yang dikeluarkan dari Sepanyol itu mendedahkan mengenai Pengarah Urusan Valencia, Mateu Alemany yang dikaitkan dengan jawatan Pengarah Bolasepak di Barca, namun urusan  pelantikannya tidaklah begitu mudah sebagai mana menurut RAC1.
Kontrak Alemany mempunyai klausa yang menghalangnya daripada menyertai kelab lain di La Liga.

Terjemahan twit diatas : NEWS @EsportsRAC1  Barça want to sign Mateu Alemany from Valencia to incorporate him into the sports area of the club. There have already been contacts, but Alemany is struggling to get rid of the clause that prevents him from signing up for another First Division club. #frac1

Post a Comment

Previous Post Next Post