Wenger berikan amaran kepada Pepe dalam perebutan tempat kesebelasan utama Arsenal.

BEKAS pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada Nicolas Pepe bahawa dia perlu berjuang untuk tempatnya dalam pasukan utama.

Sekiranya pemain itu gagal mempamerkan prestasi terbaiknya dan gagal menyesuaikan diri dengan  segera, kemungkinan tempatnya akan 'disailang' pemain muda The Gunners.

Pepe, yang menyertai Arsenal dari Lille untuk bayaran perpindahan termahal kelab dengan dilaporkan bernilai £72 juta pada jendela perpindahan musim panas, telah dikritik untuk permulaan kariernya bersama The Gunners.


Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan satu gol dalam 10 penampilan untuk kesemua pertandingan dan hanya menyempurnakan 90 minit dalam perlawanan Liga Perdana sebanyak empat kali (empat perlawanan).

Dengan pemain muda seperti Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli dilihat lebih menyerlah untuk peranan pada bahgian menyerang musim ini, Wenger percaya bahawa Pepe mungkin ataupun mula berada di bawah tekanan untuk merebut mendapatkan tempat dalam barisan permulaan Unai Emery.

Pemain muda Arsenal ini mempamerkan prestasi cemerlang setakat ini.
"Saya suka pemain itu dan saya fikir ia adalah keputusan yang baik [untuk menandatanganinya]," kata Wenger kepada Omnisport. 

"Dia belum menyesuaikan diri sepenuhnya dan anda perlu memberikan dia sedikit masa. Dia kelihatan bermain dengan sedikit tidak mempunyai kebebasan sebagaimana yang dilakukannya di Perancis pada masa ini.



"Saya melihat beberapa ciri permainannya, terutamanya ketika kehilangan bola, yang tidak berlaku pada masa ini. Sebaliknya, saya harus mengatakan bahawa kita mempunyai pemain muda yang baik yang boleh bermain di tepi [flank], dan [itu] menyebabkan dia akan mempunyai persaingan untuk mengekalkan kedudukannya. "

Martinelli dilihat dapat menyesuaikan diri dengan cepat di Emirates.
Arsenal telah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, dengan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth pada hari Ahad mengangkat mereka ke tempat ketiga dalam Liga Perdana selepas lapan perlawanan.

Wenger jelas hadir dan menyokong pengganti beliau di Emirate, Unai Emery kerana dia memahami semua tuntutan bolasepak untuk tampil bergaya serta menjadi sebuah kelab yang berjaya di Utara London.

Dan beliau yakin Emery mampu memberikan yang terbaik kepada Arsenal serta mahukan sokongan diberikan kepada pengendali tersebut.

"Saya tidak berada di sini untuk menilai jurulatih. Saya sebagai penyokong Kelab Bolasepak Arsenal, jadi saya hanya menyokongnya," kata Wenger.

"Tetapi dia boleh menang dan dia bermain jenis permainan yang saya suka.

"Sebuah kelab seperti Arsenal adalah satu tanggungjawab yang besar dan salah satu daripada tanggungjawab itu adalah untuk bermain bolasepak yang menarik. Selepas itu, saya fikir perkara yang paling penting adalah untuk menyokong pasukan dan memenangi perlawanan."

Walaupun Arsenal tampil dengan permulaan yang menjanjikan musim ini, Wenger tidak fikir Arsenal berada dalam kedudukan untuk terbaik untuk mencabar Liverpool ataupun Manchester City bagi perebutan Juara Liga.

"Pada ketika ini anda tidak boleh terlalu berharap pada kedudukan kerana perbezaan mata sangat kecil," katanya.

"Anda seri, anda ketujuh, anda menang perlawanan, anda ketiga.

"Saya tidak fikir [mereka boleh mencabar gelaran] pada masa ini berdasarkan apa yang saya lihat. Liverpool terlalu jauh ke hadapan untuk semua orang. Manchester City kelihatan mempunyai potensi terbaik untuk bersaing dengan Liverpool, tetapi selagi anda tidak terlalu jauh [perbezaan mata], anda boleh berharap. "

Adakah anda bersetuju dengan pendapat Wenger mengenai peluang Arsenal untuk mencabar kejuaraan musim ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post