Arsenal Matchday Program telah menemubual penyerang berbisa Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang untuk mengetahui kisah dirinya bersama keluarganya. Dan hasil temubual tersebut telah diisikan di dalam matchday program Arsenal lawan Tottenham Hotspur pada 1 September 2019.
Ikuti temubual menarik di bawah...
Ceritakan mengenai keluarga anda.
Panjang ceritanya..
Kedua-dua ibubapa saya bertemu di Sepanyol. Bapa saya dari Gabon dan ibu saya dari Sepanyol. Saya mempunyai tiga adik-beradik lelaki dan empat adik-beradik perempuan. Besarkan keluarga saya?
Bapa saya bermain bola ketika dia masih muda, jadi saya juga mahu melakukan perkara yang sama.
Di manakah rumah keluarga anda?
Kebanyakan masa saya adalah di Perancis. Saya menjelajah ke merata tempat kerana abang saya juga bermain bola. Paling lama saya tinggal di satu tempat adalah di Laval, kerana di situ tempat saya lahir dan membesar.
Adakah keluarga anda masih tinggal di tempat yang sama?
Saya masih mempunyai keluarga di sana. Pakcik, makcik dan sepupu saya.
Adakah anda masih ingat percutian keluarga anda?
Saya mempunyai banyak kenangan dan memori. Ada sekali saya pergi ke Amerika Selatan dan Mexico, ianya sangat menyeronokkan.
Adakah keluarga anda mempunyai haiwan peliharaan?
Ya! Tapi saya tidak tahu untuk menyebutnya di dalam Bahasa Inggeris.
Apakah muzik yang sentiasa didengari di dalam keluarga anda?
Muzik Afrika, kadang-kadang hip hop juga.
Apakah filem yang anda ingat dari zaman kanak-kanak anda?
Back to the Future merupakan salah satu filem kegemaran saya.
Selain bolasepak, sukan apakah yang digemari oleh keluarga anda?
Kami sangat menggemari bolasepak, tetapi saya juga suka bermain bola baling.
Selain bersukan, apakah perkara lain yang anda sering lakukan bersama keluarga anda?
Kami semua akan pergi ke pasaraya bersama-sama, tolong angkat beg je...
Kereta keluarga yang anda ingat?
Bapa saya pernah mempunyai Audi berwarna merah, dan saya mula meminati kereta selepas bapa saya membeli kereta itu.
Kereta kegemaran saya ketika saya kecil adalah Audi TT, dan ia merupakan kereta pertama saya apabila saya sudah besar.
Apakah permainan yang selalu anda bermain bersama keluarga?
Bermain PlayStation bersama adik-beradik lelaki saya. Saya masih ingat ketika itu saya bermain Pokemon dan PES International Superstars.
Apakah hidangan istimewa yang anda fikirkan apabila duduk semeja dengan keluarga anda?
Ayah saya pernah membuat satu hidangan yang sangat enak. Ianya adalah nasi dengan daging khinzir, tetapi diletakkan dengan sos manis.
Adakah ada moto atau ayat atau mungkin sedikit nasihat yang sering diberikan oleh ahli keluarga anda kepada anda?
Bapa saya berkata kepada saya ketika saya berusia 15 tahun, "Pada usia 15 tahun saya sudah tahu apa yang saya mahu lakukan".
Sebab saya suka buat kerja gila, di rumah dengan adik-beradik lelaki saya. Dan dia mahu saya cepat matang dan tahu apa yang kami mahu lakukan - terutama di dalam bolasepak.
Adakah ada ahli keluarga kamu yang tidak menggalakkan kamu bermain bolasepak?
Tidak. Mereka sentiasa menggalakkan saya. Ianya penting dan saya bertuah kerana mempunyai ibubapa yang sentiasa memberikan galakan sebegini kerana ada juga ibubapa yang tidak mahu anak-anak mereka bermain bolasepak.
Kelab bolasepak mana yang disokong oleh keluarga anda?
Saya sentiasa menyokong Real Madrid. Kemudian kami berpindah ke Itali ketika saya berusia 13 tahun dan tinggal di sana selama enam tahun, dan kami menyokong AC Milan ketika berada di sana kerana kedua-dua abang saya (Catilina Aubameyang) bermain untuk mereka.
Boleh beritahu kami satu perlawanan yang sangat istimewa bagi kamu kerana kamu bermain dalam perlawanan tersebut dan ahli keluarga anda juga berada di sana...
Terlalu banyak perlawanan, tetapi kalau saya diminta untuk memilih satu perlawanan, mungkin perlawanan dengan pasukan kebangsaan saya.
Kami bermain menentang Maghribi dan ketinggalan 1-0. Saya berjaya menjaringkan gol penyamaan, dan kemudian kami memenangi perlawanan tersebut 3-2 pada saat-saat akhir.
Satu perlawanan yang menarik, dan ahli keluarga saya juga berada di sana.
*Perlawanan yang dimaksudkan itu adalah ketika Gabon lawan Maghribi dalam perlawanan peringkat kumpulan C Piala Negara-Negara Afrika 2012.
Gabon menang perlawanan tersebut 3-2 apabila Bruno Mbanagoye menjaringkan gol kemenangan pada minit 90+7.
Gabon menang perlawanan tersebut 3-2 apabila Bruno Mbanagoye menjaringkan gol kemenangan pada minit 90+7.
Sumber: Arsenal Matchday Programme. Arsenal lawan Tottenham Hotspur. 1 September 2019.