Unai Emery dibawah tekanan selepas 200 juta dibelanjakan kelab.

MUSIM kedua Unai Emery bersama Arsenal, beliau telah diberikan dana yang cukup besar dalam membantunya mengembalikan 'kekuasaan' The Gunners.



Selepas tiga musim sepi tanpa menyertai kejohanan tertinggi kelab bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara (UCL), pihak pengurusan Arsenal bagaikan begitu terkesan sehinggakan sanggup 'mengabaikan' polisi perbelanjaan kelab.

Musim pertama Unai Emery bersama The Gunners, beliau dilaporkan telah diberi dana perpindahan yang tidak begitu besar oleh pihak pengurusan.

Pun begitu, beliau telah menerima lima pemain baharu dengan nilai perpindahan mencecah £70.9 juta secara keseluruhan.

Tarikh Posisi Pemain Dari kelab Yuran perpindahan
1 Julai 2018 DF Stephan Lichtsteiner Juventus Percuma
1 Julai 2018 GK Bernd Leno Bayer Leverkusen £22,500,000
2 Julai 2018 DF Sokratis Papastathopoulos Borussia Dortmund £14,400,000
10 Julai 2018 MF Lucas Torreira Sampdoria £27,000,000
11 Julai 2018 MF Matteo Guendouzi Lorient £7,000,000
JUMLAH £70,900,000.00

Dengan jumlah yang boleh dianggap besar buat kita (jika berdasarkan sejarah perbelanjaan kelab), Emery hanya membawa sedikit kemajuan berbanding Wenger dimana beliau berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangga kelima (naik satu tangga jika dibandingkan dengan Wenger yang menamatkan saingan ditangga keenam liga).

Dan begitu juga dalam saingan Liga Europa dimana Emery berjaya membawa Arsenal ke perlawanan akhir berbanding Wenger yang hanya menamatkan saingan di peringkat separuh akhir.

Namun, masih gagal membawa Arsenal ke UCL.

Memasuki musim kedua Emery bersama The Gunners, pihak pengurusan melihat kepentingan berbelanja dengan dana yang lebih besar diperuntukan kepada pengendali itu bagi membantunya mengembalikan kegemilangan Arsenal, dengan harapan kembali ke persaingan UCL musim depan.

Musim ini (musim kedua Unai Emery), Arsenal telah mengeluarkan belanja yang boleh dikatakan cukup besar selain mencipta rekod pembelian termahal dalam sejarah kelab apabila membawa Nicolas Pepe dengan nilai £72,000,000.

Walaupun musim ini pembelian pemain banyak dilakukan secara bayaran ansuran, namun jika dikira jumlah keseluruhan, ianya telah mencecah melebihi seratus juta pounds.

Tarikh Posisi Pemain Dari kelab Yuran perpindahan
2 Julai 2019 W Gabriel Martinelli Ituano £6,000,000
25 Julai 2019 CB William Saliba Saint-Étienne £27,000,000
1 Ogos 2019 RW Nicolas Pépé Lille £72,000,000
8 Ogos 2019 LB Kieran Tierney Celtic £25,000,000
8 Ogos 2019 CB David Luiz Chelsea £7,000,000
JUMLAH £137,000,000


Dengan jumlah sebesar itu, sudah tentu pihak pengurusan mengharapkan kejayaan buat Emery membawa Arsenal ke UCL musim depan.

Dan dengan perbelanjaan besar itu serta ditambah dengan tekanan pihak pengurusan Arsenal, tidak mustahil Emery kini berada dibawah tekanan kuat.

Sekiranya gagal membawa Arsenal beraksi dalam saingan UCL musim depan, sudah pasti beliau kemungkinan ditamatkan kontraknya.
Untuk rekod, kontrak Emery bersama Arsenal adalah untuk tempoh dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkan setahun, namun terikat pada prestasi pengendali itu sendiri.

Pada pendapat penulis, tidak hairanlah mengapa corak permainan Arsenal musim ini agak membosankan dan kita tidak boleh terlalu mengharapkan permainan yang cantik.

Ini kerana, apa yang penting adalah kemenangan, memperolehi tiga mata dalam setiap perlawanan ataupun setidak-tidaknya mengelakkan daripada menerima kekalahan.

Itu adalah misi utama Emery musim ini, menang dan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Sekiranya gagal, Unai Emery hanya mampu mengemaskan pakaian dan angkat kaki meninggalkan Emirates, dan kita sekali lagi akan mengharungi situasi sukar dengan pengendali baru yang akan membentuk Arsenal.

Lebih malang, sekiranya gagal beraksi di UCL musim depan dan Emery meninggalkan Arsenal, sudah tentu dana perpindahan juga kembali kepada asal, 50 juta semusim.

Sudah tentu juga, situasi sukar buat pengendali baharu Arsenal nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post