'Sebagai persahabatan', hubungan Arsenal dengan pengurus bukanlah perkara baru dan kisah itu tersasar oleh sumber menarik.

ARSENAL ketika ini begitu kuat dikaitkan dengan pengganti kepada Unai Emery.



Pada hujung minggu lalu, Arsenal sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan Luis Enrique setelah Unai Emery mengalami kekalahan kepada Leicester City.

Dengan Emery di bawah tekanan yang semakin meningkat dan peminat serta penyokong mula mempertikaikan kemampuan beliau, tidak dapat dielakkan lagi bahawa pengendali tersebut kini mendapati dirinya tergugat dengan peranan tersebut.

Namun kisahnya agak sedikit pelik untuk diperkatakan ketika ini.

Kali ini ia dimulakan oleh Kike Marin, yang bekerja untuk El Confidencial selain untuk beberapa agensi berita lain.


Wartawan ini telah memuat naik status pada laman sosial Twitternya dengan mengatakan: "SAH: Raul Sanllehi sedang mencari pengganti dan telah kembali kepada Luis Enrique. Kita akan lihat…"
Menariknya, ia tidak pernah dikeluarkan sebagai artikel mengenai perkara itu dalam El Confidencial, dan hari ini mereka dalam artikel yang dikeluarkan mengatakan bahawa perkara tersebut tidak mungkin akan terjadi (idea mengenai perpindahan itu).

Dipihak Arsenal, mereka telah mengeluarkan jaminan bahawa Emery tetap mendapat kepercayaan mereka untuk terus mengudikan The Gunners dan El Confidencial, yang mana laporan-laporan daripada media lain telah mengkreditkan kepada mereka, telah bertindak 'membunuh' sepenuhnya laporan negatif bersumberkan daripada mereka itu ataupun wartawan mereka itu (Kike Marin).

Mereka mengeluarkan artikel terbaru (bagi membunuh-memadamkan-menafikan tweet daripada Marin) dengan tajuk 'Las ganas de ver a Luis Enrique en Inglaterra (y la crisis de Unai Emery)' atau jika diterjemahkan - The desire to see Luis Enrique in England (and the Unai Emery crisis).

The tabloid press talks about Arsenal contacts with Luis Enrique to replace the Basque coach.

Emery is in crisis after the last defeat in the Leicester field and the fact is worrying: it is the worst start of Arsenal in the Premier League for 37 years.

With only two wins and five games without winning you have to be very supported to continue in the position.

It is in the short term, but a drastic decision cannot be ruled out if the dynamics are negative and the pressures of the fans can with the patience of the club owner (Stan Kroenke) and the sports director (Raúl Sanhellí).

*Terjemahan laporan El Confidencial dengan menggunakan Google translate.

Diringkaskan, mereka mengatakan terdapat laporan sensasi daripada media mengenai hubungan Arsenal dengan Luis Enrique untuk menggantikan jurulatih Basque itu namun, keadaan bekas pengendali Barcelona itu masih tidak kondusif untuk kembali ke arena pengurusan / jurulatih.

Anak perempuan Enrique, Xana meninggal dunia pada bulan Ogos dan itu menyebabkan pengurus itu menyerahkan tugas pasukan kebangsaan Sepanyol kepada pembantunya, Robert Moreno.

Ia telah dijelaskan berulang kali bahawa pintu masih terbuka untuknya untuk kembali ke kedudukan itu, walaupun perkara tersebut mungkin tidak akan berlaku sama sekali.

El Confidencial juga membincangkan idea hubungan dilakukan Arsenal terhadap Enrique dengan mengatakan bahawa, "Hubungan Arsenal dengan Luis Enrique bukanlah perkara baru. Mereka bukanlah asing. Antara lain kerana Pengarah Sukan Arsenal, Raul Sanhelli, mengenali Enrique. Terdapat persahabatan. "

Ketika ini, Enrique tidak berhasrat untuk kembali ke arena bolasepak (buat sementara) dan sekiranya
beliau dan keluarganya sudah bersedia, maka ianya pasti akan berlaku satu hari nanti.
Sehingga itu, mungkin bukan idea yang baik untuk orang ramai terus menekan dengan menyebarkan khabar angin yang tidak pasti mengenai masa depan Enrique.

Sesuatu yang El Confidencial kelihatan bersetuju dalam laporan terbaru mereka itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post