5 calon yang sesuai untuk menggantikan Niko Kovac di Bayern Munich.

NIKO Kavac tidak lagi bersama gergasi Jerman, Bayern Munich dan kekosongan tersebut menjadi tanda tanya mengenai siapakah calon pengganti yang sesuai.



Kekalahan 5-1 Bayern Munich kepada Eintracht Frankfurt hujung minggu baru-baru ini merupakan  titik noktah buat pengendali tersebut, Niko Kovac bersama pasukan itu.

Dan keputusan itu juga menyebabkan pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan drastik dengan menamatkan khidmat beliau bersama mereka.

Susulan keputusan mengejutkan itu (walaupun sudah dijangka), timbul persoalan siapakah yang layak mengisi kekosongan tersebut?

Serta siapakah yang menjadi pilihan pihak pengurusan Bayern Munich?

Ketika ini terdapat beberapa nama besar dalam arena pengurusan yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan dan berikut adalah lima calon yang boleh menggantikan tempat pengendali berusia 48 tahun itu di Allianz Arena.

1. José Mourinho

Nama yang boleh dikatakan paling menonjol di kalangan semua yang lain bagi mengisi kekosongan tersebut.

José Mourinho masih tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat oleh Manchester United kurang dari setahun yang lalu dan khabar angin mengenai beliau bakal membuat kemunculan semakin hangat diperkatakan dengan dikaitkan dengan beberapa kelab.

Menerima jolokan hasil pengakuan berani menggelarkan dirinya 'The Special One', beliau pernah merangkul kejuaraan bersama kelab yang dibimbingnya seperti kejuaraan Liga sepanyol (bersama Real Madrid), Liga Perdana Inggeris (Chelsea), Liga Itali (Inter Milan) dan Portugal (Porto).

Beliau turut mengakui bahawa ketika ini sedang mempelajari bahasa Jerman dan ini mengukukuhkan lagi dakwaan untuk beliau menggantikan Niko Kovac di Bayern Munich.

2. Massimiliano Allegri

Seorang lagi jurulatih kelas dunia yang sedang menganggur.

Massimiliano Allegri masih mencari 'kerja baharu' sejak meninggalkan Juventus pada musim panas dan mempunyai resume yang cukup cemerlang untuk diserahkan kepada pihak pengurusan Bayern Munich.

Beliau pernah membawa Juventus menjuarai Serie A secara lima musim berturut-turut selain beberapa trofi domestik lain.

Pun begitu, kekurangan trofi diperingkat Eropah terutamanya Liga Juara-Juara mungkin menyebabkan beliau sedikit 'kurang' jika dibandingkan dengan Mourinho.

Kelab Musim Liga Coppa Italia Supercoppa Italiana Champions League
Milan 2010–11 1st SF R16
2011–12 2nd SF W QF
2012–13 3rd QF R16
2013–14 11th R16
Juventus 2014–15 1st W RU RU
2015–16 1st W W R16
2016–17 1st W RU RU
2017–18 1st W RU QF
2018–19 1st QF W QF


3. Arsene Wenger

Walaupun dilahirkan di Perancis, namun pengendali lagenda Arsenal ini mampu bertutur tujuh bahasa termasuklah bahasa Jerman.

Dan ini memberikan beliau kelebihan dalam mengisi kekosongan tersebut.

Walaupun kekurangan dari segi jumlah trofi, baik domestik mahupun Eropah, namun apa yang dilakukan beliau bersama Arsenal dalam tempoh 20 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

Arsene Wenger, walaupun kekurangan trofi kejayaan namun berjaya membawa Arsenal menjadi salah satu kuasa besar Eropah dan menjadi pasukan yang disegani.

Ini terbukti apabila, selepas 18 bulan meninggalkan Emirates, pasukan The Gunners mengalami 'kerosakkan' jauh lebih teruk berbanding ketika beliau bersama mereka.

Malah Wenger menangani masalah serta krisis di Emirates dengan penuh bertanggungjawab dan bersikap 'gentleman' apabila melepaskan kerusi yang didudukinya melebihi 20 tahun itu dengan  penuh bermaruah.

4. Erik ten Hag

Bekas jurulatih remaja Bayern Munich yang berpindah menyertai Ajax dan melakukan keajaiban di ibu negara Belanda itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berpindah ke Allianz Arena, Erik ten Hag menolak dakwaan untuk kembali ke tempat dimana beliau mengasah bakatnya selaku pengendali pasukan.

Pun begitu, beliau juga merupakan salah seorang calon yang pastinya akan dipertimbangkan The Bavarians memandangkan beliau pernah bersama mereka serta rekod cemerlang dimilikinya bersama kelab Belanda itu.

Rekod sebagai pengurus/jurulatih
Kelab Dari Hingga P M S K J B +/- Win %
Go Ahead Eagles 1 Julai 2012 6 Jun 2013 39 18 11 10 82 57 +25 46.15
Bayern Munich II 6 Jun 2013 22 Mei 2015 72 47 11 14 156 65 +91 65.28
Utrecht 23 Mei 2015 27 Disemberr 2017 111 56 26 29 192 142 +50 50.45
Ajax 28 Disember2017 - 94 70 15 9 264 81 +183 74.47

5. Ralf Rangnick

Satu-satunya calon yang mempunyai pengalaman dalam Bundesliga.

Ralf Rangnick bukan sahaja dilahirkan di Jerman, malah beliau menghabiskan masanya dengan mengendalikan kesemua pasukan kelab dari negara itu untuk sepanjang kariernya selaku pengendali, pengurus dan jurulatih.

Bekas pengendali RB Leipzig ini telah menjadi buruan sejak bertahun-tahun dari kebanyakkan kelab Jerman bagi mendapatkan khidmatnya.

Memiliki falsafah yang sesuai dengan saingan liga Jerman dan mampu serta tahu menggunakan pemain dengan baik, beliau dilihat sabagai salah seorang calon yang harus dipertimbangkan Bayern Munich.

Menggalas tugas selaku Ketua Sukan dan Pembangunan Bolasepak syarikat Red Bull, yang mana beliau bertanggungjawab terhadap RB New York dan Brazil serta Leipzig sendiri, beliau telah menghasilkan tiga bakat yang boleh dibanggakan seperti Tyler Adams, André Ramalho dan Bernardo.

Malah Manchester United menjadi pasukan terbaru dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pengendali berusia 61 tahun ini, tetapi itu sebagai Pengarah Sepakbola mereka.

Buat masa ini, beliau digunakan oleh syarikat Red Bull untuk mengawasi seluruh operasi sukan mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post