Rasmi: Niko Kovac dilepaskan Bayern selepas kekalahan terhadap Frankfurt.

PENGENDALI Bayern Munich, Niko Kovac dilepaskan Bayern Munich ekoran kekalahan memalukan.


Niko Kovac secara rasmi telah dilepaskan daripada memikul tugas selaku pengendali pasukan oleh Bayern Munich berikutan kekalahan mereka kepada Eintracht Frankfurt pada hari Sabtu.

Bayern kalah 5-1 di Commerzbank Arena, kekalahan terburuk mereka dalam sejarah yang hampir satu dekad, meninggalkan gergasi Bavaria itu berada di kedudukan keempat Bundesliga.

Kedudukan terkini carta Bundesliga 2019/20.
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Borussia Mönchengladbach 10 7 1 2 21 10 +11 22
2 Borussia Dortmund 10 5 4 1 23 11 +12 19
3 RB Leipzig 10 5 3 2 25 10 +15 18
4 Bayern Munich 10 5 3 2 25 16 +9 18
5 SC Freiburg 10 5 3 2 19 12 +7 18
6 Schalke 04 10 5 3 2 17 11 +6 18
7 Eintracht Frankfurt 10 5 2 3 21 15 +6 17

Khabar angin telah mula tersebar mengenai 'perpisahan' pengendali tersebut dengan pihak Allianz Arena selepas mereka membatalkan sesi latihan umum pada pagi Ahad.

Dan sekarang ia telah disahkan dimana pengendali berusia 48 tahun telah dilepaskan oleh gergasi Jerman itu.

Kenyataan dari Karl-Heinz Rummenigge membaca: "Prestasi pasukan kami dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan hasilnya telah menunjukkan kepada kami bahawa terdapat keperluan untuk melakukan tindakan.

"Uli Hoeneß, Hasan Salihamidžić dan saya mempunyai perbualan terbuka dan serius bersama Niko dengan keputusan persetujuan dicapai bahawa Niko tidak lagi menjadi jurulatih FC Bayern.

"Kami semua kesal dengan perkembangan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Niko Kovac bagi pihak FC Bayern untuk usahanya, terutama sekali untuk kejayaan memenangi kejuaraan berganda musim lalu. "

Eintracht Frankfurt vs. Bayern Munich | 2019 Bundesliga Highlights

Post a Comment

Previous Post Next Post