Arsenal pecat Steve Morrow dan lapan lagi kakitangan kelab.

Steve Morrow telah kehilangan kerjanya di Arsenal kerana termasuk dalam salah satu perancangan pembangunan bahagian pengambilan pemain di akademi kelab.
Steve Morrow
Bekas pemain pertahanan Arsenal - yang menjadi wira penjaring gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Liga 1993, sebelum mengalami kecederaan bahu selepas Tony Adams secara tidak sengaja menjatuhkannya semasa meraikan jaringan tersebut - telah diberitahu bahawa peranannya sebagai ketua pencari bakat pemain muda sudah dihapuskan.


Bekas pemain antarabangsa Ireland Utara ini terpaksa meninggalkan kelab dalam usaha pembinaan semula struktur akademi yang diketuai oleh Per Mertesacker.

Menurut Sportsmail, seramai lapan lagi kakitangan kelab telah meninggalkan Stadium Emirates.

Dan antara mereka yang dipercayai telah meninggalkan kelab adalah bekas pemain Chelsea, Dave Lee, Kevin Beadell dan Dan Rice, yang memegang jawatan dalam bahagian pengambilan pemain di kelab.

Mertesacker telah dilantik menjadi ketua akademi kelab pada tahun lepas, dan ini merupakan salah satu daripada perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikan kelab.


Salah satu lagi usaha menstruktur semula akademi kelab adalah membenarkan bekas pemain legenda Arsenal, Freddie Ljungberg menjadi pembantu pengurus skuad senior kelab, bagi menggantikan Steve Bould yang telah mengambil peranan sebagai jurulatih skuad akademi kelab pada musim ini.

Pemergian Steve Morrow dan beberapa lagi kakitangan kelab masih belum dinyatakan secara rasmi oleh kelab, namun cadangan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kelab sudah dilakukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post