Laporan Perlawanan: Arsenal Women (8) - (0) Slavia Prague Women

Laporan UEFA Women's Champions League 2019/20 (Round of 16 - 2nd leg)

Arsenal Women (8) - (0) Slavia Prague Women
31 Oktober 2019
Meadow Park

Menang agregat 13-2


Penjaring gol:
21' Danielle Van de Donk
24' Kim Little (penalti)
32' Jill Roord 
45' Vivianne Miedema
59' Danielle Van de Donk
74' Danielle Van de Donk
74' Vivianne Miedema
86' Vivianne Miedema

Senarai kesebelasan utama: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Leonie Maier, Louise Quinn, Jennifer Beattie, Kim Little (C) '64, Kert Veje, Lisa Evans '64, Jill Roord, Beth Mead, Vivianne Miedema, Danielle van de Donk  '73

Simpanan: Manuela Zinsberger (GK), Emma Mitchell ▲'64, Leah Williamson, Viktoria Schnaderbeck ▲'73 , Lia Walti ▲'64, Katie McCabe




Skuad Arsenal Women bermain tanpa belas kasihan, apabila membelasah skuad wanita Slavia Prague 8-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan ke-16 UEFA Women's Champions League 2019/20 di laman sendiri.

Kemenangan ini melayakkan mereka ke suku akhir dengan kemenangan agregate 13-2. Mereka menang 5-2 dalam perlawanan pertama di Prague.

Dua orang pemain antarabangsa Belanda, Danielle Van de Donk dan Vivianne Miedema cemerlang dalam perlawanan ini apabila masing-masing berjaya menjaringkan tiga gol.

Beth Mead mendapat peluang pertama seawal minit ke-10, apabila dia berjaya mendapat ruang di dalam kotak penalti, namun percubaan berjaya ditangkap kemas oleh Barbora Votikova.

Usaha bertali arus kita membuahkan hasil apabila Van de Donk mendapat bola hantaran Lisa Evans,  mengawal kemas bola itu sebelum menolak mudah dari dalam kotak penalti.

Selang dua minit kemudian, kita berjaya menggandakan gol apabila Mead dijatuhkan dalam kotak penalti, dan kapten pasukan, Kim Little tiada masalah untuk menyempurnakannya.

Pemain tengah Belanda, Jill Roord menambah gol ketiga pasukan, merembat deras separa voli menewaskan Votikova.

Penyerang sensasi, Miedema tidak mahu ketinggalan untuk mencipta nama sebagai penjaring gol, apabila berjaya menyumbat gol keempat pasukan juga gol ke-50 sepanjang kariernya bersama Arsenal.

Miedema berjaya menjaringkan gol ke-50 ini dalam penampilan ke-57 bersama Arsenal.

Dia berjaya memecahkan kawalan pertahanan, kemudian menggelecek bola melepasi penjaga gol lawan sebelum dengan tenang menolak masuk ke dalam gawang gol.

Anak buah Joe Montemurro mendahului selesa 4-0 (9-2 secara agregat) pada separuh masa pertama. Tetapi ini bukan bermakna kita berdiam diri pada separuh masa pertama.

Van de Donk menjaringkan gol keduanya pada minit ke-59 selepas bola rembatan Roord terkena tiang gol dan jatuh tepat di kakinya, dan tiada masalah untuk dia menolak masuk bola ke gawang yang kosong dari jarak dekat.

Pemain tengah lincah ini melengkapkan hat-trick pada minit ke-70 apabila meluru masuk ke dala kawasan kotak penalti yang padat, dan menanduk masuk bola di sudut jauh tiang gol lawan.

Miedema melengkapkan malam gemilang kita apabila menjaringkan gol kedua dan ketiganya pada minit ke-74 dan 86, menyertai rakan senegarannya sebagai penjaring hat-trick.

Undian perlawanan suku dan separuh akhir akan dijalankan pada 8 November, dan perlawanan pertama akan berlangsung sekitar bulan Mac 2020.

Tahniah skuad wanita Arsenal! Teruskan konsisten dalam setiap perlawanan!

Post a Comment

Previous Post Next Post