Bologna buat bidaan mengejut untuk mendapatkan Zlatan Ibrahimovic

Kelab Itali, Bologna dilihat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic, apabila presiden kelab, Joey Saputo memberikan 'lampu hijau' untuk menawarkan kontrak jangka masa pendek tetapi lumayan.

Menurut laporan Corriere dello Sport, Saputo membenarkan kelab untuk menawarkan kontrak 18 bulan yang bernilai hampir £8 juta setahun kepada Ibrahimovic.

Kontraknya bersama LA Galaxy akan tamat pada hujung Disember ini, dan dia sudah membuat pengumuman menerusi media sosialnya bahawa dia akan kembali beraksi di Eropah.

Ibrahimovic bermain 31 perlawanan dan menjaringkan 31 gol dalam musim 2019 bersama kelab Amerika Syarikat itu.

Sebelum Bologna, pemain berusia 38 tahun kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli, dan andainya terjadi, Ibrahimovic akan kembali bekerja dengan Carlo Ancelotti.

Tetapi, dia juga boleh kembali bermain di bawah pengurusan bekas rakan sepasukannya iaitu Sinisa Mihaijovic di Bologna.

Saputo, juga pemilik kelab Montreal Impact, dikatakan bersetuju dengan permintaan gaji yang dimahukan oleh Ibrahimovic.

Laporan tersebut juga menyatakan Saputo mahu mencari penaja bagi membantu kewangan kelab mendapatkan Zlatan.

Ibrahimovic sudah bermain tujuh musim di Serie A Itali, mewakili Juventus, Inter Milan, dan AC Milan, dan menjaringkan 122 gol dalam 219 penampilan.

Post a Comment

Previous Post Next Post