Preview Arsenal Vs Wolverhampton, berita pasukan, pemain tumpuan dan ramalan keputusan.

ARSENAL perlu mencatatkan kemenangan dan itu adalah satu-satunya keputusan yang boleh diterima buat peminat dan penyokong ketika ini.



Tidak dapat dinafikan bahawa Arsenal sememangnya terdesak untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan malam ini.

Selepas terlepas peluang untuk berada dalam kelompok empat teratas liga ekoran kekalahan kepada Sheffield United dan seri dilaman sendiri ketika menentang Crystal Palace

Kini, mereka tidak mampu lagi untuk keciciran mata ataupun jatuh dibawah liga selain mengalami perbezaan mata yang besar dari kelompok empat teratas liga.

Wolverhampton telah bangkit dari permulaan perlahan di awal penampilan mereka dalam saingan liga dan mereka telah mencatatkan lima perlawanan terakhir mereka tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Pun begitu, menghuni tangga ke-12 liga ketika ini berbanding Arsenal yang menghuni tangga ke-5 liga, kemenangan Wolves sudah pasti akan merapatkan jurang perbezaan mata dalam dalam menempatkan diri dikelompok teratas liga.

Begitu juga dengan The Gunners yang pastinya tidak mahu di aibkan dilaman sendiri malam ini selain usaha mengejar kelompok teratas liga.

Perkembangan Pasukan

Reiss Nelson merupakan pemain tunggal Arsenal yang mengalami kecederaan dengan dilaporkan mengalami kecederaan lutut, menurut PremierInjuries.com.

Manakala Wolves pula terpaksa melupakan tiga pemain mereka setelah Willy Boly mengalami kecederaan pergelangan kaki, Morgan Gibbs-White masih diragui tahap kecergasannya dan begitu juga dengan Ryan Bennett yang masih bergelut dengan kecederaan.

Pemain tumpuan

Arsenal: Pierre Emerick-Aubameyang

Tidak dapat dinafikan bahawa Arsenal ketika ini banyak bergantung kepada persembahan penyerang Gabon, Aubameyang dan sekiranya beliau mampu beraksi dengan baik, sudah tentu Arsenal mampu menjaringkan gol malam ini.

Wolverhampton: Joao Moutinho

Wolves mampu untuk menguasai bahagian tengah perlawanan malam ini sekirangya Moutinho beraksi dengan cemerlang kerana beliau merupakan pemain yang paling kreatif untuk pasukan itu.

Sekiranya beliau beraksi cemerlang, sudah pasti Arsenal bakal mengalami kesulitan memandangkan barisan tengah The Gunners masih lagi mencari rentak.

Mountinho telah merekodkan 1.7 key passes setiap 90 minit mengikut Whoscored.com. Kreativiti beliau akan diperlukan bagi mereka untuk mendapatkan tiga mata penuh malam ini.

Ramalan

Walaupun Arsenal terdesak untuk memenangi perlawanan malam ini, berdasarkan keputusan dan perlawanan sebelum ini, keputusan seri 1-1 adalah dianggap terbaik yang mungkin dicatatkan di Stadium Emirates malam ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post