Bayern Munich telah kehabisan calon untuk mengisi jawatan selaku ketua jurulatih, meninggalkan Arsene Wenger dalam senarai.
Bercakap pada petang Selasa, Wenger mengakui beliau merindui aksi-aksi di tepi padang (mengurus pasukan) dan berminat dengan kekosongan di Allianz Arena.
🗣️ "You miss the intensity."— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) November 6, 2019
Arsene Wenger responds to the links with Bayern Munich pic.twitter.com/FEZRvkItIs
Bayern dilaporkan berusaha berunding dengan pengurus Ajax, Erik ten Hag dan pengendali PSG, Thomas Tuchel selepas memecat Niko Kovac pada malam Ahad.
Walau bagaimanapun, kedua-dua individu itu telah menegaskan bahawa mereka mahu kekal di kelab-kelab masing-masing ketika ini untuk baki musim ini.
Sebelum ini, kami telah melaporkan lima calon sesuai untuk mengisi kekosong tersebut dan Wenger berada di senarai ketiga daripada calon-calon tersebut.
Sebelum ini, kami telah melaporkan lima calon sesuai untuk mengisi kekosong tersebut dan Wenger berada di senarai ketiga daripada calon-calon tersebut.
5 calon yang sesuai untuk menggantikan Niko Kovac di Bayern Munich.: NIKO Kavac tidak lagi… https://t.co/yRNBcIXtqI— MyGooners (@MyGooners1886) November 4, 2019
Dan perkembangan itu, setelah kedua-dua calon itu menolak tawaran Bayern, ianya bagaikan memberi gambaran bahawa pihak The Bavarians kelihatan akan melantik pengurus interim sehingga musim panas, dalam masa yang sama mereka akan mencari pengganti untuk jangka panjang.
Ketua Sukan dan Pembangunan RB Leipzig, Ralf Rangnick juga terkeluar daripada senarai tersebut.
Menurut SportBILD, pengendali kelahiran Jerman itu adalah calon yang paling kuat untuk mengisi kekosongan tersebut, namun kini dakwan penerbitan itu telah menolak pendekatannya.
"Tidak, Ralf Rangnick tidak boleh didapati," kata ejen Rangnick, Marc Kosicke, kepada BILD pada hari Rabu.
"Kami tidak percaya bahawa apa yang dibawa oleh Ralf Rangnick kini sedang dicari Bayern.
"Sebab itulah tidak masuk akal untuk mengadakan perbincangan yang kukuh."
SportBILD mendakwa bahawa ini kini hanya tinggal Wenger sahaja dalam senarai calon untuk mengisi jawatan tersebut.
Berbeza dengan calon pilihan kami dimana kami mencadangkan Jose Mourinho sebagai pilihan utama diikuti Massimiliano Allegri, Arsene Wenger, Erik ten Hag dan Ralf Rangnick.
Ketika ini, bekas pemain tengah Bayern Munich yang membantu Joachim Löw membimbing Jerman untuk kejayaan Piala Dunia 2014, Hans-Dieter Flick dilantik mengendalikan pasukan utama.
Dan perlawanan pertama Flick sebagai ketua jurulatih Bayern akan dinilai apabila menentang Olympiakos pada awal pagi esok, jam 1.55pagi waktu Malaysia.
Berbeza dengan calon pilihan kami dimana kami mencadangkan Jose Mourinho sebagai pilihan utama diikuti Massimiliano Allegri, Arsene Wenger, Erik ten Hag dan Ralf Rangnick.
Hans-Dieter Flick |
Dan perlawanan pertama Flick sebagai ketua jurulatih Bayern akan dinilai apabila menentang Olympiakos pada awal pagi esok, jam 1.55pagi waktu Malaysia.
Tags
Arsene Wenger
Bayern Munich
Bundesliga
Erik ten Hag
Jose Mourinho
Massimiliano Allegri
Niko Kovac
Ralf Rangnick