Erling Braut Haaland cipta rekod baru Liga Juara-Juara Eropah

Penyerang muda RB Salzburg, Erling Braut Haaland mencipta rekod baru Liga Juara-Juara Eropah apabila dia berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Napoli awal pagi tadi.


Dia sudah menjaringkan tujuh gol dalam empat penampilan pertama Liga Juara-Juara Eropah - lebih dua gol mengatasi pemain-pemain lain yang pernah menjaringkan gol dalam empat penampilan pertama mereka dalam kejohanan ini.

Haaland juga telah menyertai sebuah kelab elit yang disertai oleh Alessandro Del Piero, Diego Costa, dan Ze Carlos, kelab bagi pemain-pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam setiap dari empat penampilan pertama UCL mereka.


REKOD JARINGAN GOL ERLING BRAUT HAALAND DALAM SAINGAN UCL 2019/20


MatchdayDateVenueForOpponentResultPos.
Group E9/17/19Red Bull SalzburgKRC Genk6:2CF372'
Group E10/2/19Red Bull SalzburgLiverpool FC4:3CF134'
Group E10/23/19Red Bull SalzburgSSC Napoli2:3CF245'90'
Group E11/5/19Red Bull SalzburgSSC Napoli1:1CF175'

Dia sudah menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan musim ini dan sudah pasti kelab-kelab besar Eropah akan mudah tertarik dengan persembahannya musi ini.

Kelabnya sudah meletakkan tanda harga £86 juta ke atas pemain berusia 19 tahun itu, namun ia mungkin tidak dapat menghalang keinginan kelab-kelab gergasi Eropah seperti Juventus dan Manchester United memulakan langkah pertama mereka bagi mendapatkan pemain ini pada bulan Januari akan datang.

Dalam perlawanan kumpulan E menentang Napoli itu, Haaland berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11 selepas pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly mengasari Hwang Hee-Chan di dalam kotak penalti.

RB Salzburg terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan kelab Serie A Itali itu, apabila penyerang Mexico Hirving Lozano berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa.

Keputusan seri ini meletakkan RB Salzburg di tempat ketiga dengan empat mata, ketinggalan empat mata dari pasukan tempat kedua iaitu Napoli, dan lima mata dari pasukan teratas iaitu Liverpool.

Ketajaman pemain Norway di hadapan gol lawan cukup menggerunkan ditambah lagi dengan jumlah jaringan golnya setakat ini. Dia masih muda, dan mempunyai peluang cerah untuk menjadi lebih berbisa di hadapan gol andai berpindah ke kelab yang betul dan dibawah jurulatih / pengurus yang tepat.

Apa-apa pun, rekod sudah tercipta, siapakah pemain generasi seterusnya yang dapat mengatasi rekod Erling Braut Haaland ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post