Fanatik mendakwa Presiden Fenerbahce, Ali Koc masih mahu menandatangani pemain tengah menyerang Arsenal, Mesut Ozil dalam usahanya memperkuatkan skuad musim depan.
Kelab Turki itu berada dalam posisi terbaik meraih kejuaraan dan jika mereka berjaya memenangi Super Lig, sudah pasti slot untuk kejohanan Liga Juara-Juara musim depan, menjadi milik mereka.
Selain pemain Arsenal, Fanatik turut mendakwa pemain Juventus, Blaise Matuidi dan pemain Roma, Aleksandar Kolarov adalah sasaran untuk Fenerbahce, tetapi dengan Ozil, akhbar Turki itu kelihatan yakin kesepakatan dapat dilakukan dengan The Gunners.
Mereka melaporkan Ozil mahu bermain untuk Fenerbahce pada beberapa peringkat dalam kerjayanya dan pasukan kelab Turki itu 'mengalu-alukan beliau dengan tangan terbuka' jika pemain Arsenal itu memutuskan untuk menyertai mereka.
Masalah kewangan tetap menjadi masalah buat Fenerbahce, bagaimanapun jika kedua belah pihak mencapai kesepakatan, pemain berusia 31 tahun akan menyertai Fenerbahce pada musim panas, terutamanya apabila mereka (Fenerbahce) layak ke Liga Juara-Juara.
Ozil baru-baru ini kembali ke pasukan utama Arsenal dalam perlawanan liga terakhir mereka menentang Wolves, tetapi masa depannya di Emirates masih kelihatan tidak menentu.
Pun begitu, bukan beliau sahaja, Torrira juga dilaporkan mahu mendapat kepastian mengenai masa depannya di Emirates.
Lucas Torreira 'tidak berpuas hati' dengan keadaan di Arsenal, 'tidak menjalani masa yang… https://t.co/itMSYRfWyD— MyGooners (@MyGooners1886) November 8, 2019