PRESTASI tidak menyakinkan dan membosankan Arsenal ketika ini menyebabkan desakan penyokong mahukan pengendali pasukan, Unai Emery dipecat.
Tahap kesabaran sebahagian penyokong telah sampai ke tahap tertinggi dimana ianya sukar untuk bertahan lagi sehinggakan mahu pihak pengurusan Arsenal memecat Emery secepat yang mungkin.
Dan bagaikan mengambil kesempatan tersebut, beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita palsu mengatakan bahawa Emery akan dipecat pada minggu depan sekiranya keputusan mengecewakan masih dicatatkan Arsenal.
Wartawan palsu yang menyamar sebagai wartawan untuk Sky Sports Itali berjaya menipu beberapa peminat Arsenal untuk mempercayai bahawa Unai Emery boleh dipecat sebagai pengendali The Gunners minggu depan.
Whispers around the Emirates saying that #Arsenal board are planning to sack Unai #Emery if he lose to #Leicester City next week. More to come. #AFC🔴— Antonio Russo (@SkyAntonioRusso) November 2, 2019
Laporan palsu itu mendakwa bahawa sumber yang dekat dengan pihak pengurusan Arsenal bersedia untuk 'menceraikan' Unai Emery minggu depan jika The Gunners kalah kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Ketika ini, Emery terus menerima tekanan selepas prestasi buruk berterusan dan keputusan malam tadi yang sekadar mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Wolves, memburukkan lagi keadaan.
Emery dibawa ke Emirates menggantikan Arsene Wenger pada musim lalu dengan harapan bekas pengendali PSG ini mampu mengembalikan kegemilangan Arsenal selepas mengalami musim suram beberapa tahun sebelum itu.
Namun apa yang terjadi, ianya bagaikan menambah lagi duka dan keburukan terhadap kelab selain membuatkan peminat dan penyokong mula mencaci dan mengutuk pasukan sendiri.
Berikut adalah reaksi peminat dan penyokong Arsenal yang terpedaya dengan wartawan dan berita palsu itu:
Look - He stays we stay in Europa— Samuel™🔮 (@AFCSamueI) November 2, 2019
He goes - we lose one match but we’ll get to UCL and will unite the fanbase
I know what I’d rather have
If one game is the difference then you’re already there, just do it now— Robert C. (@RobIsRatings) November 2, 2019
That's a few games too late already— It's Always Eboue (@ArsenalANewDawn) November 2, 2019
SUPPORTING LEICESTER LADS GET INN WERE GONNA WIN THE LEAGUEEEEE— ZhypeR #EmeryOut (@Mk27_COYG) November 2, 2019
It's sad that you wish for us to lose in order to just get the guy we all hate, to be sacked.— SEA MAN (@SEAMAN_SAGAR) November 2, 2019
We must not wait for that game . Sack him now. Honestly the players will be excited— Jones UE (@38f32408cc794b3) November 2, 2019
And this is why I hope we lose games. So he can get sacked.— Fotbalfann (@Fotbalfann) November 2, 2019
Masalah ketara Arsenal ketika ini bukalah ketidakmampuan untuk menjaringkan gol, namun kemampuan untuk bertahan.
Pun begitu, jumlah jaringan yang dilakukan Arsenal juga agak membimbangkan dimana setakat ini sukar untuk melihat jentera serangan The Gunners menjaringkan jumlah gol yang besar dalam setiap perlawanan.
Perlawanan | Venue | Lawan | Keputusan |
---|---|---|---|
1 | A | Newcastle United | 1:0 |
2 | H | Burnley FC | 2:1 |
3 | A | Liverpool FC | 1:3 |
4 | H | Tottenham Hotspur | 2:2 |
5 | A | Watford FC | 2:2 |
6 | H | Aston Villa | 3:2 |
7 | A | Manchester United | 1:1 |
8 | H | AFC Bournemouth | 1:0 |
9 | A | Sheffield United | 1:0 |
10 | H | Crystal Palace | 2:2 |
11 | H | Wolverhampton Wanderers | 1:1 |
Berdasarkan prestasi semasa, sukar untuk melihat Arsenal mampu mencatatkan kemenangan ke atas Leicester pada hujung minggu depan.
The Foxes telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai salah satu serangan terbaik dalam liga dan mampu untuk 'menjahanamkan' barisan pertahanan Arsenal.
Dan berdasarkan prestasi mereka, pasukan kendalian Brendan Rodgers ini telah menjaringkan 25 gol dan hanya melepaskan lapan gol sahaja berbanding Arsenal yang menjaringkan 16 gol dan bolos 15 gol.