Arsenal dilaporkan bersedia untuk menjual pemain tengah mereka, Granit Xhaka pada jendela perpindahan musim sejuk yang akan datang, selepas insiden kelakuan negatifnya dengan para penyokong dua minggu lalu.
Tidak perlu diceritakan lagi bagaimana kelakuan Xhaka ketika dikeluarkan oleh pengurus Arsenal, Unai Emery dalam perlawanan Premier League (PL) menentang Crystal Palace.
Akibat daripada itu, walau sudah membuat kenyataan maaf menjelaskan kelakuannya itu, Xhaka telah dilucutkan jawatan sebagai kapten pasukan oleh Emery.
Perlucutan jawatan ini telah diberitahu oleh Emery ketika sidang media menjelang perlawanan ke-4 peringkat kumpulan Europa League menentang Vitoria malam nanti (Rabu malam [6 November 2019] pukul 11:50 malam waktu Malaysia).
Unai Emery sahkan Granit Xhaka tidak lagi menjadi kapten Arsenal.: Unai Emery mengesahkan… https://t.co/BgTIsdatC9— MyGooners (@MyGooners1886) November 5, 2019
Kapten pasukan baru Arsenal kini disandang oleh penyerang antarabangsa Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang.
Masa depan Xhaka bersama Arsenal kini sudah mula samar-samar selepas dia sudah tidak dinamakan dalam skuad dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Emery juga tidak dapat memberi pengesahan samada pemain tersebut akan kekal di Stadium Emirates, "Masa depan kini adalah masa depan untuk Arsenal. Kami mempunyai perlawanan yang penting pada hari Sabtu ini,"
Arsenal akan bertandang ke Leicester City pada hujung minggu ini, dan kekalahan dalam perlawanan itu mungkin menjadi titik terakhir pengurusan Emery di Arsenal.
Berbaloikah untuk menjual Granit Xhaka? Dia mempunyai skil hantaran bola panjang yang hebat, namun dengan taktikal yang digunakan oleh Emery kini, dia tidak dapat menggunakan kekuatannya itu dengan sebaiknya.
Xhaka harus memberikan, menunjukkan permainan sebenarnya andai diberikan peluang sekali lagi. Kalau masih tidak dapat memenuhi permintaan penyokong kelab, sekurangnya kalau ada kelab yang berminat, bolehlah jual dengan harga yang berpatutan.