Kapten Besiktas gesa dapatkan Elneny secara kekal selepas tempoh pinjaman berakhir.

PERBINCANGAN diadakan dengan Ketua Bolasepak untuk menggesa kelab menandatangani pemain Arsenal bagi jangka panjang.



Selepas permulaan perlahan musim ini, pemain pinjaman Arsenal, Mohamed Elneny akhirnya  berjaya menemui rentak dan berjaya mempamerkan aksi yang mengagumkan termasuklah dalam dua perlawanan liga terakhir untuk Black Eagles.

Elneny setakat ini telah membuat tujuh penampilan dengan empat penampilan dalam saingan Super Lig (Liga Turki) dan tiga kali dalam saingan Liga Europa.

Gandingan pemain kebangsaan Mesir itu bersama legenda kelab, Atiba Hutchinson baru-baru ini begitu menjadi dan Fotomac  melaporkan dimana pemain Kanada itu telah bercakap kepada Ketua Bolasepak Besiktas, Erdal Torunogullari bahawa khidmat pemain Arsenal ini harus kekal bersama mereka selepas tamat tempoh pinjaman.

Atiba Hutchinson, Kapten Besiktas kelahiran Kanada mula menyertai kelab itu pada Julai 2013.
Dalam pertemuannya bersama Torunogullari, Atiba dilaporkan menggesa Besiktas untuk menandatangani Elneny secara kekal dan percaya bahawa pemain berusia 27 tahun itu dapat menjadi pemain penting bersama mereka pada musim-musim berikutnya.

Elneny pada awalnya dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Besiktas setelah prestasinya tidak begitu memuaskan bersama kelab tersebut, namun kini keadaan sebaliknya berlaku dan pihak pengurusan Besiktas telah mengubah pendirian mereka.

Besiktas tidak mempunyai pilihan untuk membuat pembelian terhadap Elneny dalam kontrak pinjaman pemain ini, namun mereka masih mampu mendapatkanya secara kekal sekiranya mampu mencapai persetujuan bersama Arsenal selepas tempoh pinjaman berakhir.

Post a Comment

Previous Post Next Post