PASUKAN Wolves mendahului Arsenal dengan tawaran €15 juta yang dirancang untuk mendapatkan pemain muda Sweden.
Dejan Kulusevski nama yang menjadi sebutan dan khabar angin mengenai perpindahan beliau tersebar begitu meluas menjelang jendela perpindahan kedua musim ini.
Juventus are interested in Atalanta winger Dejan Kulusevski (19), who’s currently on loan at Parma, according to Gazzetta. pic.twitter.com/QatgRk5Wz1— KhaledAlnouss (@KhaledAlnouss2) November 1, 2019
Pemain ini turut dikaitkan dengan Arsenal sebelum ini dan kini giliran Wolves untuk turut sama terlibat.
Arsenal 'make offer' for Atalanta star Dejan Kulusevski after impressive season for primavera https://t.co/vZGXtiAdk3 pic.twitter.com/2Jy4cK3Nc5— Mirror Football (@MirrorFootball) April 11, 2018
Pemain berusia 19 tahun itu dimiliki oleh Atalanta dan menghabiskan musim ini secara pinjaman bersama Parma, yang berada ditangga ke-10 Serie A.
Laporan TMW mendedahkan bahawa Arsenal telah lama memerhatikan pemain ini untuk berbulan-bulan dan tertarik dengan kesan yang dipamerkan pemain itu.
Pun begitu, The Gunners dikatakan 'meriki' mengenai potensi untuk membeli pemain tersebut selain menilai dengan lebih lanjut mengenai kemampuan sebenar Kulusevski.
Pun begitu, The Gunners dikatakan 'meriki' mengenai potensi untuk membeli pemain tersebut selain menilai dengan lebih lanjut mengenai kemampuan sebenar Kulusevski.
From 🇮🇹 || Arsenal are interested in Atalanta's 19yo playmaker, Dejan Kulusevski. He's currently on loan at Parma.— BAD EBENING! (@CSFDean) November 5, 2019
Kulusevski can play on both wings, or in Midfield. pic.twitter.com/urzJg9zOu4
Dilaporkan juga bahawa situasi Arsenal ketika ini masih lagi berada pada tahap penilaian dan belum melakukan sebarang tindakan, namun TMW percaya pasukan Liga Perdana Inggeris, Wolves telah mula mengorak langkah dalam menandatangani pemain ini.
Kelab yang dikendalikan Nuno Espirito Santo telah merangka tawaran dan ia mendakwa 'tawaran Wolves sudah siap', sebagaimana dilaporkan TMW.
Jumlah tersebut adalah sebanyak €15 juta dan ia dinyatakan sebagai kira-kira yang sesuai dengan turut mengatakan bahawa 'cadangan untuk 15 juta euro akan dihantar'.
Bagi Atalanta, angka itu 'tidak mencukupi' dan mereka mahukan €25 juta, yang boleh meningkat bergantung kepada prestasi pemain itu.
Kulusevski mempunyai keupayaan teknikal dan kesanggupannya untuk bergerak ke depan dan mampu mencipta bukaan di peringkat ketiga lapangan (final third).
Pemain muda itu dapat memberikan dimensi baru pada bahagian tengah Arsenal, tetapi Wolves juga akan mendapat manfaat dari bakat uniknya itu sekiranya mampu menandatanganinya.