Unai Emery sahkan Granit Xhaka tidak lagi menjadi kapten Arsenal.

Unai Emery mengesahkan bahawa Granit Xhaka tidak lagi menjadi ketua pasukan Arsenal selepas kecamannya pada peminat 10 hari lalu.

Xhaka dilihat mengatakan kepada peminat di Stadium Emirates dengan ungkapan "fcuk off" selepas beliau menerima ejekan dan diboo ketika meninggalkan padang pada perlawanan menentang   Crystal Palace yang berkesuhdan seri 2-2.

Emery kemudian tidak menyenaraikan pemain antarabangsa Switzerland itu bersama skuad Liga Perdana Arsenal menentang Wolves hujung minggu lalu dengan mengatakan bahawa pemain tengah itu tidak berada dalam keadaan baik, mental yang betul untuk bermain.

Dan sekarang, dalam satu sidang media menjelang perlawanan Liga Europa, Emery telah mendedahkan bahawa Xhaka telah dilucutkan jawatan kapten selepas hanya beberapa bulan menggalas peranan tersebut


Pierre-Emerick Aubameyang akan menjadi kapten baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post