Jurgen Klopp memuji Gabriel Martinelli dan menyifatkan penyerang muda Arsenal ini sebagai pemain yang luar biasa.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji Gabriel Martinelli dengan menyifatkan pemain 'berbakat abad ini'.
Martinelli menyertai The Gunners dari kelab bahagian ketiga Brazil, Ituano, dalam jendela perpindahan musim panas lepas.
Pemain berusia 18 tahun ini menyumbang dua gol untuk Arsenal dalam perlawanan yang berkesudahan seri 5-5 menentang Liverpool dalam saingan Piala Liga, yang menyaksikan Reds memenangi penentuan sepakan penalti untuk layak ke peringakat seterusnya.
"Sepp van den Berg memainkan perlawanan luar biasa," kata Klopp di laman web rasmi kelab itu.
"Ia sangat sukar untuk menangani pemain-pemain seperti ini, Martinelli adalah hampir sama dengan dia [van den Berg], tetapi dia adalah pemain yang berbakat abad ini, dia adalah penyerang luar biasa, jadi sangat sukar [menghadapinya]."
"Kemudian, anda mempunyai Mesut Ozil dan Willock, yang menjaringkan gol yang cantik. Jadi, pasukan seperti Arsenal berada dalam mood serangan balas - kami membuat mereka lebih dalam, bermain di sekitar mereka, kami kehilangan bola, dan kemudian menjadi sangat sukar."
Sebelum ini, media Brazil turut memuji Martinelli yang telah menyamai rekod pemain lagenda mereka, Ronaldo dan juga telah mengatasi lagenda-lagenda lain.
Martinelli setaraf Ronaldo dan lebih baik berbanding lagenda Brazil yang lain.: PENYERANG… https://t.co/2dttKQY7I1— MyGooners (@MyGooners1886) November 2, 2019