Lucas Torreira 'tidak berpuas hati' dengan keadaan di Arsenal, 'tidak menjalani masa yang baik', perbincangan dijadualkan minggu depan.

DIBELI dari Sampdoria, Lucas Torreira dijangka mempunyai peranan besar di Arsenal.

Dan beliau melakukannya musim lalu, membuat 24 permulaan dalam saingan Liga Perdana bagi 34 penampilan, namun sesuatu yang tidak pernah dijangka dengan Matteo Guendouzi pantas menjadi pujaan pengendali Arsenal musim ini.

Perkembangan ini menyebabkan spekulasi perpindahan musim panas untuk pemain kebangsaan Uruguay, dengan tuntutan Milan berminat mendapatkan khidmat beliau.
Pun begitu, Torreira tetap berada di London, seolah-olah ingin membuktikan bahawa khabar angin tersebut adalah tidak benar.
Malangnya, ia tidak berjaya untuknya kerana Guendouzi kekal sebagai pemain permulaan dalam kesebelasan utama Arsenal di samping Granit Xhaka (walaupun ia mungkin akan berubah selepas ini), dan ada laporan dari Itali mengatakan bahawa Torreira tidak senang dengan situasi terkini di Emirates.

TuttoMercatoWeb mula melaporkan kisah tersebut pada hari Khamis (semalam), mendakwa pemain itu 'tidak menjalani masa yang baik' di Arsenal, 'tidak berpuas hati' dan 'nampaknya agak tidak senang dengan berpindahannya di England'.

Laman web Itali itu turut mendakwa terdapat pertemuan yang dirancang dalam beberapa minggu akan datang (walaupun ianya tidak dinyatakan dengan pihak mana, namun dipercayai adalah pihak pengurusan Arsenal) di mana perbincangan akan diadakan mengenai situasinya ketika ini dan jika keputusan perbincangan itu tidak disenangi Torreira, beliau 'boleh meninggalkan Arsenal pada bulan Januari' .

Dikatakan Torreira 'ingin memahami peranannya dalam projek Arsenal' dan minggu depan boleh menceritakan mengenai masa depannya bersama The Gunners.

Semoga ianya berjalan lancar dan penulis juga berminat untuk melihat Torriera kembali 'power' sebagaimana beliau ketika mula-mula beraksi bersama Arsenal.

Kita perlukan seorang pemain yang mampu melakukan 'kerja kotor - dirty works' dan Torreira walaupun mempunyai fizikal yang kecil, namun tetap handal dalam melakukan kerja-kerja tersebut.

Pun begitu, adakah ianya bersesuaian dengan taktikal Emery....?

Post a Comment

Previous Post Next Post