Manchester United dan Arsenal hantar pegawai ke Belgium, pantau perkembangan 2 pemain berbakat.

DUA kelab gergasi Inggeris dan Wolves telah menghantar pegawai bagi menyaksikan perlawanan kelab Belgium, Anderlecht.



Manchester United dan Arsenal adalah antara kelab yang telah menghantar pegawai (scout) untuk menyaksikan perlawanan Anderlecht pada petang Jumaat lalu.

Kelab Belgium itu mempunyai permulaan yang mengerikan pada musim ini dan kini berada di tangga kesepuluh liga.

Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
8 Excel Mouscron 15 5 6 4 21 19 +2 21
9 Genk 14 6 2 6 21 21 0 20
10 Anderlecht 15 5 5 5 19 18 +1 20
11 Sint-Truiden 14 5 3 6 16 25 −9 18
12 Eupen 15 4 4 7 13 26 −13 16

Ketibaan Vincent Kompany dari Manchester City setakat ini masih belum memberikan kesan yang diharapkan dan terdapat kekeliruan dengan peranannya bersama kelab tersebut.

Vincent Kompany dilantik sebagai pengurus dan pemain Anderlecht pada Mei 2019.  
Perlawanan terakhir mereka sebelum rehat antarabangsa adalah pada Jumaat lalu apabila berjaya menewaskan Zulte Waregem, 2-1 yang berada ditangga ketujuh liga.

Laporan HLN menyatakan terdapat ramai pengawai (scout) dari pelbagai kelab Eropah pada perlawanan itu, dengan kelab seperti Wolves, Rangers, Ajax, Atalanta, Feyenoord, Genoa, Inter Milan, Marseille, Real SociedadSevilla, Marseille dan Rangers.

Schoon volk aan de Gaverbeek. De Europese top stuurde gisteren een scout naar Zulte Waregem-Anderlecht. Onder meer Ajax, Arsenal, Atalanta, Feyenoord, Genoa, Rangers, Inter Milaan, Manchester United, Marseille, Sociedad, Sevilla en Wolverhampton tekenden present. Het is een publiek geheim dat vooral youngsters als Yari Verschaeren en Albert Sambi Lokonga in de smaak vallen. Anderlecht wil hen voorlopig niet laten gaan, zelfs niet bij een monsterbod. Vanuit België waren AA Gent, Eupen, Standard, Antwerp en KV Mechelen aanwezig.

Para pegawai tersebut dilaporkan berminat untuk memantau 'terutamanya' dua bakat Anderlecht yang sedang meningkat naik iaitu Yari Verschaeren dan Albert Sambi Lokonga.

Albert Sambi Lokonga, 20 tahun.
Seorang pemain tengah menyerang berusia 19 tahun dan seorang lagi adalah pemain tengah bertahan berusia 20 tahun.

Kedua-dua mereka bermain pada perlawanan tersebut dan pegawai-pegawai yang hadir menyaksikan perlawanan itu sudah pasti dapat membuat catatan mengenai prestasi  mereka.

Anderlecht dikatakan tidak bersedia untuk menjual walaupun menghadapi tawaran besar daripada Manchester United dan Arsenal, jika kedua-dua kelab Inggeris ini berminat, mereka mampu mencuba dan mungkin terpaksa memasukkan klausa pembelian dan pinjaman kembali seperti mana mereka (Arsenal) melakukan terhadap Saliba.

Post a Comment

Previous Post Next Post