Oh...Aubameyang! Luahan perasaan bagaikan memberi amaran kepada rakan sepasukan.

BINTANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah memuat naik status luahan hatinya pada media sosial, bagai memberi 'amaran' kepada rakan sepasukan The Gunners.


Status tersebut jelas menunjukkan ketegangan dikalangan ahli pasukan The Gunners bersama kapten pasukan yang baru dilantik itu.

Dipercayai, tindakan Auba yang gemar meng'like' pautan saluran Arsenal Fan TV (AFTV) menjadi punca mengapa rakan sepasukan beliau telah menegurnya.

Malah sumber yang sama mendedahkan bahawa hubungan rapat Auba dengan AFTV juga menjadi punca mengapa sesetengah pemain Arsenal yang lain tidak senang dengan penyerang Gabon itu, serta mereka turut mempersoalkan kredibilitinya sebagai kapten (berdasarkan tindakan Auba itu).

Tampalan ataupun status Instagram Story Auba yang menggunakan kapsyen "Saya baru tiba di Gabon dan mendengar banyak b *******. Saya bercakap dengan siapa yang saya mahu, bila-bila masa saya mahu, dan jika seseorang tidak berpuas hati dengannya ... anda sudah tahu " diikuti dengan emoji jari tengah.


Ianya seolah-olah memberi amaran kepada rakan sepasukan beliau di Arsenal yang menegurnya tanpa mendedahkan siapakan pemain ataupun individu tersebut.

Terdahulu, Auba dilihat telah menyukai - 'like' pada tampalan AFTV dan krew mereka di laman Instagram, dimana salah satunya adalah berkaitan mengenai kritikan terhadap Unai Emery dan terbaru adalah tampalan mengenai 'penjualan Xhaka', yang merupakan kapten pasukan ketika itu.

Auba diberikan jawatan selaku kapten pasukan setelah Emery melucutkan jawatan yang dipegang Xhaka selepas tindakannya yang 'mencarut' kepada penyokong dan peminat Arsenal pada perlawanan menentang Crystal Palace.

AFTV, secara umumnya tidak digemari oleh pemain-pemain Arsena, yang mana mereka (AFTV) gemar memberikan gambaran negatif serta menyumbang kepada 'kerosakan' The Gunners.

Dan perkara itu pernah disuarakan oleh Hector Bellerin sebelum ini.

Sumber memberitahu The Athletic bahawa bekas pemain Borussia Dortmund itu 'begitu bijak' untuk menjadi rapat dengan saluran tersebut bagi membuatkan dirinya hampir mustahil untuk dikritik.

Malah turut dikatakan (tindakan Auba itu) sangat 'menjengkelkan' beberapa rakan sepasukan Arsenal kerana situasi getir yang dialami The Gunners ketika ini dalam mempamerkan aksi cemerlang selain layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Laporan itu juga mendakwa penyerang itu digesa untuk menamatkan hubungannya dengan Troopz, yang merupakan salah satu penyumbang terbesar dan paling dikenali di AFTV.

Auba dilaporkan telah menjemput Troopz pada minggu lalu dan ahli AFTV itu telah menyiarkan gambar dirinya bersama penyerang tersebut dengan kapsyen 'Kapten saya'.




A post shared by Troopz (@troopzafc) on

Adakah tindakan Auba ini wajar pada pandangan anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post