Pemain Arsenal jadi agenda Real Madrid dengan Zinedine Zidane 'beri tekanan' kepada pihak atasan untuk dapatkan pemain itu.

REAL MADRID sedang mencari peluang untuk mendapatkan pemain pertahanan Arsenal, William Saliba.

Arsenal melengkapkan perpindahan pemain berusia 18 tahun yang berpontensi tinggi pada musim panas tahun ini.

Dan The Gunners membayar sebanyak £27 juta kepada Saint Etienne untuk mendapatkan pertahanan tengah ini.

Pun begitu, perjanjian jual beli pemain ini menyaksikan Saliba dipinjamkan kembali untuk tempoh semusim kepada kelab Perancis itu.

Setakat ini, Saliba telah membuat tujuh penampilan secara keseluruhan saingan musim ini bersama kelab Ligue 1 itu dengan lima kali dalam saingan liga dan dua kali dalam saingan Liga Europa.

Saliba akan kembali ke Emirates pada musim panas tahun depan selepas selesai tempoh pinjamannya bersama mereka, namun The Gunners terpaksa 'melawan' minat yang ditunjukkan terhadap pemain pertahanan ini.

Defensa Central, sebuah laman web peminat Real Madrid, mempunyai laporan eksklusif yang mengatakan bahawa kelab itu mempunyai Saliba dalam senarai pemain sasaran berpontensi mereka.

Laman web itu mendakwa sumber terdekat dengan kelab itu memberitahu mereka bahawa Zinedine Zidane telah meminta pihak pengurusan Madrid untuk 'memantau' tiga pemain di Ligue 1 dalam usaha mereka mencari 'Varane baru'.

Raphael Xavier Varane (kanan) merupakan pertahanan tengah Real Madrid berusia 26 tahun dan berasal dari Perancis.
Salah seorang daripada mereka (tiga pemain yang menjadi sasaran Real Madrid itu) adalah Saliba, yang mereka dakwa 'kekal sebagai agenda Madrid' meskipun pemain itu akan berpindah ke Emirates pada musim panas depan.

Ia tidak dinyatakan bahawa mereka akan bertindak, tetapi Zidane dilaporkan telah meminta Madrid 'berusaha' untuk menandatanganinya, dengan mencadangkan bahawa usaha keras berpotensi menyelesaikan urusan tersebut.

Walaupun rumors perpindahan ini ibarat 'menabur ajinomoto dalam masakan' namun ianya tidak boleh diabaikan sepenuhnya, memandangkan Real Madrid telah lama berminat untuk mendapatkan Saliba, terutamanya pengendali mereka, Zinedine Zidane.

Malah Saliba turut dilabelkan sebagai pengganti Verane ataupun Verane baharu.

Manakala Arsenal pula, tidak mungkin akan melayan mana-mana cubaan untuk mendapatkan pemain ini memandangkan The Gunners baru sahaja menandatangani Saliba dan masih belum sempat menggunakannya lagi.

Pun begitu, ianya tidak mungkin akan menghentikan minat Madrid sekiranya mereka benar-benar berminat terhadap Saliba.

Post a Comment

Previous Post Next Post