Skuad Arsenal bimbang tentang kaedah Unai Emery.

PENGENDALI Arsenal, Unai Emery dilaporkan 'berjuang' untuk menyelamatkan kariernya di Emirates dengan pemain-pemain The Gunners mempersoalkan kaedah latihan.



Itu menurut Sami Mokbel sebagaimana dilaporkan Daily Mail semalam, yang menyatakan "sejumlah pemain mempunyai keraguan serius mengenai Emery, yang mereka anggap terlalu konservatif dalam pendekatan taktiknya."


Malah pendapat itu turut bagaikan dipersetujui oleh kebanyakkan peminat dan penyokong Arsenal yang menyifatkan pengendali tersebut membuatkan perlawanan menjadi bosan dan membosankan.

Juga terdapat mereka yang mengatakan bahawa Arsenal di bawah Emery beraksi bagaikan pasukan pertengahan liga dan bersifat pengecut.

Arsenal ketika ini menduduki tangga ke-5 liga namun persembahan membosankan menyebabkan peminat dan penyokong hilang sabar terhadap Emery, walaupun kedudukan tersebut dikira masih 'selamat' kerana masih berada dikalangan enam pasukan teratas liga bukannya dipertengahan liga.


Pun begitu, dengan hanya dua kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir Liga Perdana, ianya bagaikan petanda bahawa masa depan pengendali itu berada dalam keadaan bahaya, lebih-lebih lagi apabila dua bintang sensasi The Gunners, Aubameyang dan Lacazette dilaporkan enggan menandatangani pembaharuan kontrak.
Perkembangan itu seolah-olah menjelaskan bahawa kedua-dua pemain tersebut tidak yakin dengan kemampuan pengendali Arsenal itu.

Adakah kita ataupun pihak pengurusan Arsenal terpaksa membuat pilihan antara Unai Emery ataupun Lacazette serta Aubameyang?

Dan adakah Arsenal akan memecat Emery atau mengekalkan beliau sehingga ke akhir musim ini (tanpa menyambung pilihan kontrak setahun)?

Kita mungkin mahukan Emery meninggalkan Arsenal dengan segera, namun adakah pihak pengurusan Arsenal sedia melakukannya (memecat Emery)?

Jika mengambil kira laporan Daily Mail itu, pemain-pemain Arsenal dikatakan keliru dan bimbang mengenai taktikal Emery serta berdasarkan rekod perlawanan ketika ini, adakah terdapat tindakan sabotaj terhadap pengendali itu daripada anak buahnya?

Terlalu banyak persoalan mengenai Emery ini dan sekiranya beliau dipecat, siapakah yang layak menggantikan beliau?

Adakah kita akan mengalami semula kitaran pembangunan Arsenal sebagaimana kita lalui saat Emery dilantik dan adakah kita boleh menerimanya?

Berikut adalah keputusan perlawanan liga setakat ini dan lawan Arsenal seterusnya, yang mungkin akan menjelaskan masa depan Emery bersama Arsenal.

Matchday Venue Ranking Opponent System of play Result
1 A -5 Newcastle (15.) 4-2-3-1 0:1
2 H -7 Burnley (4.) 4-2-3-1 2:1
3 A -2 Liverpool (1.) 4-3-1-2 3:1
4 H -3 Spurs (7.) 4-3-3 Attacking 2:2
5 A -5 Watford (20.) 4-3-1-2 2:2
6 H -7 Aston Villa (17.) 4-2-3-1 3:2
7 A -4 Man Utd (8.) 4-3-3 Attacking 1:1
8 H -4 Bournemouth (8.) 4-2-3-1 1:0
9 A -3 Sheffield Utd. (13.) 4-2-3-1 1:0
10 H -5 Crystal Palace (6.) 4-4-2 2:2
11 H -5 Wolves (12.) 4-3-1-2 1:1
12 A -5 Leicester (3.) -:-
13 H Southampton -:-
14 A Norwich -:-
15 H Brighton -:-
16 A West Ham -:-
17 H Man City -:-
18 A Everton -:-
19 A Bournemouth -:-
20 H Chelsea -:-
21 H Man Utd -:-
22 A Crystal Palace -:-
23 H Sheffield Utd. -:-
24 A Chelsea -:-
25 A Burnley -:-
26 H Newcastle -:-
27 H Everton -:-
28 A Man City -:-
29 H West Ham -:-
30 A Brighton -:-
31 A Southampton -:-
32 H Norwich -:-
33 A Wolves -:-
34 H Leicester -:-
35 A Spurs -:-
36 H Liverpool -:-
37 A Aston Villa -:-
38 H Watford -:-

Post a Comment

Previous Post Next Post