Arsenal 19/20 Away Scarf - laku keras!



SOLD OUT!

Itulah yang tertera dilaman Arsenal Direct saat aku melayari laman tersebut bagi kerja-kerja mengemas kini laman diRaccolta yang aku bangunkan.

Mafela keluaran ADIDAS bertemakan 'away 2019/20' ini telah habis dijual ketika ini (18 Mei 2020).

Aku secara tidak sengaja melayari Arsenal Direct untuk mengambil data dan gambar mengenai scarf ataupun mafela ini, namun terkejut apabila melihat ianya telah kehabisan stok.

Status terkini di laman Arsenal Direct.

Secara jujurnya, aku menyangkakan mafela 'bruised banana' yang akan terlebih dahulu mencapai tahap 'sold out'.

Namun tak sangka pulak yang mafela away kali ini lebih cepat kehabisan stok dan lebih laku.

Arsenal Bruised Banana Scarf

Pada pandangan aku, mafela 'bruised banana' kelihatan lebih menarik berbanding edisi away, namun yang pastinya, edisi away kali ini menjadi 'barang panas' dengan mencapai status sold out berbanding mafela edisi lain musim ini.

Jika dibandingkan dengan penaja terdahulu, dokumentasi yang dipamerkan ataupun dihasilkan Puma jauh lebih baik berbanding Adidas.

Ini dapat dilihat pada pemegang mafela (paper board keras) di mana ia hanya menampal logo Arsenal, berbeza dengan Puma sebelum ini yang mencetak terus diatas pemegang tersebut.

Mungkin Adidas terlalu banyak pengeluaran dan menggunakan template yang menjadi kebiasaan mereka dalam menyediakan mafela-mafela untuk kelab bolasepak lain.

Pemengang yang sama dengan Arsenal kali ini sebagaimana Adidas mengeluarkan mefela Juventus sebelum ini.
Pemegang mafela edisi keluaran Puma yang mencetak terus logo dan nama Arsenal serta perincian lengkap.
Berikut adalah gambar-gambar mafela Arsenal (Adidas) away 2019/20 yang aku miliki dan dibeli dari laman Arsenal Direct.

 
Berbanding PUMA, Adidas hanya menampal logo Arsenal pada bahagian pemegang mafela ini.
Logo Arsenal Official juga tiada pada edisi mafela kali ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post