3 perkara penting dalam Arsenal membenam Benfica.

Arsenal memastikan harapan Liga Europa mereka tetap hidup dengan kemenangan penuh dramatik menewaskan Benfica 3-2 di Stadium Karaiskaki.

Dua gol dari Pierre-Emerick Aubameyang dan satu dari Kieran Tierney sudah cukup untuk mendapatkan kemenangan, setelah Diego Gonçalves dan Rafa menjaringkan gol untuk pelawat.

Berikut adalah tiga perkara penting yang kita dapat perhatikan dari perlawanan awal pagi tadi.

1. Arsenal tetap Arsenal


Benfica pasti menyangka hari raya mereka datang lebih awal kerana Arsenal hampir tersungkur dalam saingan mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Perlawanan ini seharusnya dapat diselesaikan di Rom, namun Arsenal gagal memanfaatkan peluang yang ada walaupun menghadiahkan penalti kepada lawan.

Selain menghadiahkan penalti, The Gunners turut terlepas peluang sebanyak tiga kali untuk membenam pasukan tuan rumah  dan prestasi culas ini diteruskan mereka di Greece.

Garis masa perlawanan pagi tadi.

Pertama Dani Ceballos melakukan kesilapan yang akhirnya memberikan sepakan percuma yang tidak sepatutnya, membawa kepada gol pembukaan pihak lawan. 

Kemudian dia sekali lagi melakukan kesilapan yang turut membawa kepada gol lawan yang disempurnakan oleh Rafa Silva, untuk lawan mendahului Arsenal.

Error lead to goal yang dibuat oleh Ceballos pada minit ke-61 perlawanan.


Mujurlah Pierre-Emerick Aubameyang, Kieran Tierney dan Bukayo Saka berdiri teguh tanpa goyang, mampu memberikan nafas lega dengan menyelamatkan Arsenal pada lewat minit permainan.

Jaringan kemenangan dan kelegaan yang sebelum itu mampu membuat kita semua menerima sakit ataupun serangan jantung, ini cukup sinonim dengan Arsenal dan kita selaku penyokong.

2. Tiada kata secantik bahasa.


Sangat luar biasa bagaimana dalam musim penuh 'kecelakaan' ini masih ada sedikit keajaiban muncul untuk Arsenal, satu cahaya menyinari yang muncul dari kegelapan membantu The Gunners keluar dari 'kesesatan'.

Di sisi yang penuh dengan pemain profesional berpengalaman, Bukayo Saka terus memberikan impak kemenangan buat pasukan dan perkara ini harus diberi perhatian serius oleh Mikel Arteta.

Pemain berusia 19 tahun itu dijaga rapi oleh dua pemain Benfica sepanjang perlawanan pagi tadi, namun begitu, dia tetap mampu melakukan beberapa percubaan serta hantaran menarik.

Dua bantuannya untuk Aubameyang sudah pasti melegakan Arteta dan peminat Arsenal.

Letaklah dimana-mana sahaja, bek kiri, sayap belakang, sayap kiri, sayap kanan... itu semua tidak penting.

Buktinya, Saka kini mempunyai lebih banyak bantuan gol (18) daripada pemain Arsenal lain sejak awal musim lalu dan dia berhak mendapat penghormatan besar.

Kelahiran raja bantuan gol Arsenal baharu!

3. Masa depan Arteta.


Mikel Arteta benar-benar gembira selepas tamat perlawanan dan perkara itu sememangnya layak (untuk bergembira), namun yang pastinya, kariernya juga terancaman dan penuh dengan tekanan awal pagi tadi. Itu tidak dapat dinafikan lagi.

Arsenal tersingkir dari Piala FA, menduduki tangga ke-11 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan sebanyak 11 kali dan kegagalan dalam saingan Liga Europa mungkin menjadi faktor jangka hanyatnya semakin pendek di Emirates.

Pihak pengurusan tertinggi The Gunners jelas dalam keinginan mereka untuk membantu Arteta membentuk sebuah pasukan yang berdaya saing, namun tidak semuanya menjadi kesalahan bekas kapten yang kini menjadi pengendali pasukan musim ini.

Kadang-kala, nasib tidak begitu menyebelahi Arteta dan mereka mengalami nasib buruk.

Untuk mengakhiri karier Arsenal pada bulan Februari bukanlah perkara yang baik dan degup jantungnya pasti berdebar. 

Kemenangan lewat minit permainan mencerminkan betapa gembiranya beliau dan berjaya menyelesaikan tugasan kali ini.

Pengendali berusia 39 tahun itu terus hidup untuk berjuang menyelamatkan kariernya pada perlawanan seterusnya.

Pasti ada yang kecewa Arteta masih mengemudikan The Gunner.

Post a Comment

Previous Post Next Post