Adakah pemain Arsenal terlalu lemah untuk bermain dua kali seminggu.

Musim ini segalanya bagaikan tidak menjadi buat Arteta dan Arsenal selepas menamatkan musim lalu dengan trofi kejuaraan Piala FA.

Terlalu banyak keputusan dan rekod buruk dicatatkan Arsenal musim ini, tetapi kita harus ingat bahawa ini adalah musim yang luar biasa untuk semua orang dan kita melihat hasil yang sangat pelik hampir setiap minggu.

Arsenal tidak hanya bermain dua kali setiap minggu, tetapi mereka juga harus melakukannya di stadium kosong, yang cukup aneh sebenarnya walaupun terpaksa melakukan sedemikian ekoran wabak Covid-19.

Bagi penulis, kesemua itu bagaikan perlawanan persahabatan ataupun latihan (bermain tanpa kehadiran penyokong).

Dengan jadual yang padat, Arsenal dilihat begitu banyak merosot dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan itu memberi isyarat bahawa pemain kita bagaikan terlalu penat untuk bermain dua kali seminggu berbanding kebiasaanya sebelum ini (sebelum kedatangan wabak Covid-19).


Tambah buruk, sekarang dengan sistem kalah mati bagi saingan Liga Europa, skuad The Gunners terpaksa menempuh jarak jauh untuk bermain dan mereka terpaksa memainkan perlawanan di "laman sendiri" di Athens pada hari Khamis.

Itu bermaksud dimana skuad Mikel Arteta terpaksa menjalani penerbangan 4 jam sekali lagi dan kemudian, tiga hari selepas itu mereka harus pergi bertandang ke Leicester bagi saingan EPL.


Seperti yang dikatakan Arteta pada hari Ahad setelah kekalahan kepada Man City: "Pada masa ini kami memiliki pemain yang sedang bergelut untuk pulih dari perlawanan ke perlawanan. 

"Mereka bermain banyak minit perlawanan, anda dapat melihat keletihan kedua-dua pasukan pada akhirnya. 

"Pemain-pemain kami berusaha dan bekerja sangat keras, jadi saya tidak boleh menuntut terlalu banyak daripada mereka. "

Bagaimana pun, Arteta cukup bernasib baik kerana dia mempunyai hampir satu skuad penuh untuk dipilih, apabila melihat Pablo Mari dan Kieran Tierney bermain untuk pertama kalinya setelah sekian lama berehat ekoran kecederaan.

Apa yang pasti, musim ini faktor keletihan tidak dapat dielakkan lagi memandangkan jadual yang begitu padat dan amat meletihkan para pemain dan jelas, ia bertambah meletihkan pemain buat pasukan yang terlibat dalam aksi Eropah (Liga Juara-Juara dan Liga Europa).

Mungkin ini sebabnya kita melihat begitu banyak hasil dan keputusan gila dalam kempen kali ini.

Adakah anda semua bersetuju ataupun anda mempunyai pandangan lain?

Post a Comment

Previous Post Next Post