Arsenal dan Man.United sedia bersaing untuk pertahanan muda

The Gunners bersedia untuk bersaing dengan Man Utd demi bintang Norwich.

Arsenal dilaporkan akan menerima saingan daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United untuk menandatangani Max Aarons dari Norwich City, menurut pelbagai sumber minggu ini.

Dipercayai bahawa Arsenal ingin menggantikan Hector Bellerin dengan Aarons setelah pemain Sepanyol itu, yang mana telah berada di Emirates selama sepuluh tahun kini menjadi tarikan ramai pihak.

Bellerin difahamkan menjadi sasaran gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dan kelab lamanya, Barcelona.

Ramai peminat Arsenal pastinya akan menyambut baik perkembangan ataupun berita The Gunners akan menggantikan Bellerin kerana persembahan yang kurang memuaskan ditunjukkan dari pemain berusia 25 tahun itu musim ini. 

Sebelum ini, Bellerin terpalit dengan siri kecederaan dan memaksanya berehat panjang, terlepas 31 perlawanan pada musim 2018/19 dan 11 perlawanan untuk musim 2019/20.

Kembali beraksi pada musim ini, sesuatu yang kita perasan adalah kehilangan aset utamanya iaitu kepantasan yang pernah memukau kita semua, selain kawalan dan hantaran yang tidak begitu konsisten.

Salah seorang daripada beberapa pemain yang mendapat perhatian tinggi musim lalu, ketika Norwich berada di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), adalah Aarons

Larian pantasnya, menyerang separuh kawasan lawan adalah sangat berbahaya dan juga berkesan.

Pemain antarabangsa England B21 itu mencipta dua bantuan gol musim lalu di EPL dan turut menjadikan namanya sebagai pertahanan kanan terbaik dalam saingan Kejuaraan (Championship).

Masih muda, baru berusia 21 tahun dua bulan lalu, beliau telah membuat 72 penampilan untuk Norwich di peringkat (saingan) kedua tertinggi bolasepak Inggeris dengan merekodkan tiga gol dan sembilan bantuan gol untuk namanya.

Walaupun mempunyai prestasi memuaskan, namun Norwich dilihat tidak keberatan untuk menjualnya setelah pemilik bersama Norwich, Delia Smith awal bulan ini  (seperti yang dilaporkan oleh Football London) mendedahkan bahawa mereka terbuka untuk melepaskan pemain tersebut.

"Nasib baik, kerana pasukan yang luar biasa ini, kami mempunyai beberapa pemain yang sangat menarik,"

"Mereka mempunyai perangai yang baik dan Max Aarons adalah yang terbaik. 

"Dia akan menjadi salah seorang pemain bolasepak terkenal dan tidak akan berada [kekal] di Norwich.

"Dia tahu itu, kami tahu itu. 

"Tetapi kami tidak menghadapi masalah dengan Max atau ibu bapanya pada situasi dan perjanjian ini.

"Jelas, kita akan kehilangannya, tetapi itu adalah sebahagian dari rancangan kami. "

Bayern Munich juga dilaporkan mengawasi pemain berusia 21 tahun yang bernilai sekitar 30 juta euro.

Tetapi Man Utd dan Arsenal juga dipercayai memantau pemain yang memikat ramai pihak ketika ini dengan lebih dekat.

Post a Comment

Previous Post Next Post