Hector Bellerin bersedia untuk berpisah dengan Arsenal.

Semua cerita pasti ada pengakhiranya sama ada berakhir dengan buruk atau baik, semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk menerimanya.

Pemain Sepanyol, Hector Bellerin kini telah berada di Arsenal selama sepuluh tahun sejak Arsene Wenger membawanya masuk ke Emirates dari pasukan muda Barcelona.

Sehingga ke hari ini, beliau telah membuat lebih dari 200 penampilan untuk The Gunners dan nampaknya sudah tiba masanya untuk dia memikirkan cabaran baru dalam kariernya.

Menurut laporan eksklusif CBSSportsBellerin dilaporkan tergoda dan berminat dengan tawaran dari PSG pada musim panas lalu.

Bellerin menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal pada 1 Februari 2015, dalam kemenangan 5-0 ke atas Aston Villa dan beliau menyertai The Gunners pada 2011.

Namun beliau tidak membuat sebarang keputusan untuk menyertai mereka dan kini dia difahamkan bersedia untuk melakukan langkah perpindahan pada jendela perpindahan berikutnya.

Ini tentu masuk akal dari sudut pandangang Arsenal juga, kerana pemain berusia 25 tahun itu hanya mempunyai dua tahun lagi dalam kontrak bersama The Gunners apabila memasuki musim panas ini.

Perkembangan itu menjadikan ia adalah masa yang paling sesuai untuk memperolehi keunutngan daripada salah satu aset kita yang paling laku (dikehendaki).

The Gunners tanpa berselindung, memerlukan dana besar untuk meneruskan usaha pembentukan semula skuad Arsenal oleh Mikel Arteta, dan Bellerin mungkin kurang berminat untuk menunggu lebih laman bagi kelab menjadi kembali hebat.

Tambahan pula, beliau berpeluang menikmati ganjaran besar bersama PSG, malah turut berpeluang untuk menjulang trofi yang masih belum dikecapi Arsenal iaitu trofi Liga Juara-Juara (UCL).

PSG diramalkan mampu menjuarai kejohanan tersebut lebih cepat berbanding Arsenal dan pakar ataupun penganalisa bolasepak turut menjangkakan kelab Perancis itu mampu menjulangnya dalam masa terdekat.

Sekiranya sumber untuk CBS itu betul, pastinya Arsenal harus segera bertindak mencari calon pengganti yang sesuai pada musim panas ini.

Ketika ini, Max Aarons dan Tariq Lamptey dari Brighton dan Norwich disebut-sebut sebagai sasaran yang mungkin sebagai pengganti Bellerin.

Maximillian James Aarons (21 tahun) adalah pemain bolasepak profesional Inggeris yang beraksi untuk kelab Championship, Norwich City. Selain menjadi pertahanan kanan,beliau juga boleh bermain sebagai pertahanan kiri.

Adakah anda fikir bahawa membiarkan Bellerin pergi pada musim panas ini adalah idea yang masuk akal?

Kongsikan bersama kami.

Tariq Kwame Nii-Lante Lamptey (20 tahun) adalah pemain bolasepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pertahanan kanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris Brighton & Hove Albion dan pasukan kebangsaan bawah 21 tahun England.


Post a Comment

Previous Post Next Post