Legenda Arsenal, Santi cazorla masih berbisa!


Bekas pemain Arsenal ini sememangnya boleh dianggap legenda kelab walaupun jasa beliau tidaklah begitu dikenang.

Selama enam musim bersama Arsenal, beliau telah membuat lebih 180 penampilan dengan 29 gol berjaya direkodkan.

Santi Cazorla terkenal sebagai magician Sepanyol ketika berada di Emirates dan ketika beliau meninggalkan The Gunners setelah dua tahun menjalani rawatan, tidak ramai yang yakin bahawa dirinya mampu kembali beraksi.

Pada usia 34 tahun (ketika meninggalkan Arsenal), Cazorla dilihat tidak mungkin mampu beraksi di peringkat tertinggi namun beliau membuktikan sebaliknya.

Beliau kembali ke Villarreal di Sepanyol dan menjaringkan 22 gol dalam 86 perlawanan untuk mereka, bahkan mendapat panggilan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

Namun, beliau kemudiannya dilepaskan selepas hanya dua musim bersama mereka.

Pun begitu, dirinya tidak mengambil masa lama untuk mencari pasukan baharu apabila menerima tawaran daripada kelab Qatar, Al Sadd pada musim panas lalu.

Pada usia 36 tahun ketika ini, penghijrahan beliau ke Qatar bukanlah untuk menikmati 'pencen' setelah enggan bersara, sebaliknya beliau membuktikan bahawa dirinya masih berbisa dalam arena bolasepak.

Dalam 18 penampilan untuk Al Sadd, beliau kini telah merekodkan 11 gol dan 11 bantuan gol, dan semalam dia menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan pada derby menentang Al Arabi, yang dapat kamu tonton di sini…

Oooo...Santi Cazorlaaaa..... kamu akan sentiasa menjadi legenda kami!

Post a Comment

Previous Post Next Post