Apabila semuanya kembali normal, projek Arsenal kita akan 'meletop'.

Pengurus Arsenal menegaskan bahawa kelab berada di landasan yang betul walaupun masih belum membuahkan hasil di padang.

"Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan saya ketika mengalami gejala (simptom) dan disahkan positif, memikirkan kesan virus ini akan merebak kepada semua orang, " kata Mikel Arteta kepada Goal.

"Memiliki pekerjaan pertama saya [pengurus pasukan], untuk melakukan itu dan hanya sempat berada selama tiga bulan dalam keadaan normal, untuk mula mempunyai konteks dan kerangka kerja yang sama sekali berbeza, ia sangat mencabar tetapi pada masa yang sama, ia telah berjaya, sebagai kelab, jauh lebih kuat.

"Kami telah mencipta kumpulan yang sangat kuat, ikatan yang kukuh dengan pemain kami, peminat kami, dengan kakitangan kami dan itu akan memberi penghormatan besar pada masa akan datang. 

"Saya fikir apabila semuanya kembali normal dan kami dapat bekerja dengan cara yang kita perlukan, untuk bekerja dengan sedikit kestabilan.

"Saya rasa projek ini akan berjalan lancar dan "boom", disinilah kita berada. 

"Kadang-kadang sukar untuk melihat saat ini, tetapi saya pasti dengan arah mana yang kita tuju."

Musim ini, keputusan perlawanan Arsenal tidaklah begitu cemerlang, masih belum cukup menyakinkan.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, The Gunners hanya berada di kelompok pertengahan ketika ini. 

Selepas seri dalam perlawanan liga terakhir menentang Burnley (setakat ini), kita menduduki tangga ke-10 dalam liga, 12 mata dibezakan dengan pasukan yang berada dalam kedudukan empat teratas.

Namun begitu, kita masih memiliki satu lagi perlawanan yang belum dimainkan jika dibandingkan dengan empat pasukan teratas itu.

Kini harapan kita sudah tentu tertumpu kepada saingan Eropah.

Kemenangan Liga Europa sudah pasti dapat menyelamatkan musim kita kali ini tetapi perjalanan masih lagi jauh untuk mara ke final kerana kita perlu menghadapi Olympiakos awal pagi esok dalam peringkat 16 terbaik, bagi perlawanan pertama.


Arteta menegaskan bahawa Arsenal berada di landasan yang betul walaupun masih belum memberikan hasil yang sepatutnya ketika ini.

Penulis juga percaya tentang perkara itu dan apa yang kita perlukan sekarang adalah sedikit kesabaran kerana bukan sahaja Arsenal, malah kelab-kelab lain juga bergelut.

Bagi penulis, Arteta benar-benar membawa perubahan yang diperlukan Arsenal, cuma sedikit masa sahaja lagi diperlukan.

Ayuh The Gunners!

Post a Comment

Previous Post Next Post