Apa gunanya sekiranya Kroenke mengubah polisi perbelanjaan kelab?

Rancangan perpindahan musim panas Arsenal dan pembelian Martin Odegaard serta kebijakan Stan Kroenke menghadapi situasi genting kewangan kelab.

Akibat daripada kegagalan beraksi dalam saingan elit Eropah (Liga Juara-Juara) dan keengganan pemilik untuk menyumbang dana sendiri menyebabkan The Gunners agak ketinggalan dalam bersaing dengan pencabar utama lain.

Setiap kali menjelang jendela perpindahan, peminat dan penyokong Arsenal sememangnya menantikan sesuatu yang menarik dengan harapan kelab sedia berbelanja besar, namun walaupun sudah mengetahui bahawa diri akan dikecewakan, harapan itu tetap sebati dengan jiwa dan sedia dilukai.

Seperti kebiasaannya, dana pembelian pemain hanya akan di 'top-up' dengan penjualan pemain sedia ada sekiranya mahu melihat perbelanjaan mewah dilakukan kelab.

Melainkan pemilik Arsenal, Stan Kroenke sedia melanggar amalan kebiasaan dan penguasaannya dengan melaburkan sejumlah besar wangnya sendiri.

Walaupun The Gunners berada dalam kedudukan yang kuat dari segi permainan kewangan yang adil (financial fair play), namun nisbah gaji dan pendapatan kelab merupakan antara tertinggi di Liga Perdana Inggeris sekitar 65%, malah kelab juga mengalami kerugian setelah lama terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Sembilan mata ketinggalan dari pasukan yang menduduki tangga keempat teratas liga dan dengan hanya baki sembilan perlawanan lagi, peluang untuk layak ke peringkat tertinggi Eropah melalui jalan biasa kelihatan agak tipis.

Hanya dengan menjuarai Liga Europa sahaja nampaknya mampu menyelamatkan Arsenal.

Bagaimanpun sekiranya kedua-dua jalan itu gagal, sudah pasti ianya akan meninggalkan kelab dalam kedudukan yang semakin canggung.

Perkara ini akan menjadi semakin teruk (gagal beraksi dalam mana-mana saingan Eropah), walaupun Kroenke sedia mengubah polisi.

Ianya tidak berguna memiliki dana besar sekiranya gagal memikat pemain-pemain elit akibat kekurangan daya penarik - beraksi dalam saingan Eropah.

Seperti yang dijelaskan oleh pakar kewangan bolasepak, Kieran Maguire: “Yang penting dari segi kemampuan berbelanja adalah Eropah kerana nilai Liga Juara-Juara berada di antara £ 40-100 juta dari segi pendapatan siaran langsung dan ditambah dengan potensi penjualan tiket untuk kesemua itu. "

Pinjaman £ 120 juta Bank of England yang dijamin pada awal Januari juga merumitkan lagi masalah kelab.

Arsenal dilarang menggunakan dana tersebut untuk memperolehi aset baru (pembelian pemain) dan menurut Maguire, pihak bank dapat meminta pembayaran balik dengan mengenakan bunga yang rendah, untuk langsaikan dengan segera (cepat) jika mereka melihat kelab menghabiskan sebahagian dana untuk bakat baru.

Januari lalu, Arsenal mengesahkan kelab telah menggunakan skim Bank of England, yang mesti dibayar kembali pada bulan Mei, bertujuan menghasilkan pendapatan tambahan yang besar, dengan menyamai pendapatan hari perlawanan di Stadium Emirates apabila perlawanan kembali dimainkan secara tertutup.

Malah pinjaman tersebut dilakukan sebagai tambahan kepada pinjaman yang dikeluarkan sendiri Kreonke melalui syarikatnya.

"The CCFF is in addition to the loan provided by our owners Kroenke, Sports & Entertainment that enabled us to refinance the debt on Emirates Stadium in August last year." - Sky Sport.

Kroenke dapat menggunakan sejumlah wangnya sendiri untuk tujuan pembelian pemain baharu tetapi perkara tersebut juga terbatas dengan apa yang dibenarkan di bawah peraturan permainan kewangan yang adil dan ia bukan sesuatu yang biasa dilakukannya.

"Anda boleh memasukkan wang sebanyak yang anda mahukan sebagai pelabur tetapi dari segi peraturan UEFA, mereka mengehadkan pelaburan pemilik kepada € 25 juta dalam jangka masa tiga tahun," kata Maguire. 

"Untuk Liga Perdana, anda boleh kerugian £ 15 juta tetapi jumlah itu akan dibenarkan mencapai £ 105 juta dalam jangka masa tiga tahun dan itu membolehkan pelaburan pemilik sebanyak £ 90 juta.

"Tetapi peraturan UEFA adalah peraturan yang selalu kami fokuskan - Wolves mengalami masalah pada musim lalu [ketika mereka layak ke Liga Europa] tetapi mereka berada dalam had Liga Perdana."

Menandatangani Martin Odegaard secara kekal kelihatan seperti sasaran utama The Gunners berikutan persembahan menarik yang ditunjukkannya baru-baru ini tetapi perkara itu menjadi rumit kerana keadaan kewangan Real Madrid yang meruncing.

Peluang itu juga mungkin akan digunakan kelab Sepanyol itu untuk mencari keuntungan dari penjualan pemain muda Norway itu dengan nilai yang tinggi, walaupun mereka masih menaruh harapan terhadap Odegaard untuk kekal bersama mereka.

Selain itu, penyerang dan pertahanan kanan juga dikatakan menjadi keutamaan Mikel Arteta dalam memantapkan lagi pasukannya musim depan.

Namun sekali lagi ianya bergantung kepada kewangan yang dimiliki kelab seandainya gagal beraksi dalam saingan Eropah, baik Liga Juara-Juara mahupun Liga Europa.

Pengarah Teknikal, Edu telah diarahkan untuk mengurangkan beberapa pemain lagi setelah melakukan pembersihan pada bulan Januari yang menyaksikan Mesut Ozil dan Shkodran Mustafi keluar dari senarai pembayaran gaji oleh kelab.

Namun Lucas Torreira dan Mateo Guendouzi walaupun mampu dilepaskan musim sejuk nanti, ianya masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan bagi membawa masuk pemain elit baharu.

Walaupun Maguire menunjukkan 'lebih banyak fleksibiliti daripada yang mereka ketahui kerana secara sejarah Arsenal telah menjadi kelab yang berhemah' namun mereka terus kehilangan tempat kepada pasukan elit lain, lebih cepat sebelum 'sempat bertarung'.

Tidak perlu disangkal lagi bahawa dari segi kewangan, Arsenal sememangnya berada dalam kelopok enam kuasa besar namun dari segi pencapaian, ianya mula dipersoalkan sekarang.

Maguire menambah: "Mereka [Arsenal] jatuh teruk di belakang Spurs dan Chelsea sebanyak £ 50 juta hingga £ 60 juta setahun dari segi pendapatan dan ketinggalan di belakang Chelsea dan Man United dari segi gaji."

Dia menganggarkan bahawa rata-rata gaji mingguan pasukan utama Arsenal adalah £ 104,000 berbanding sekitar £ 130,000 di Stamford Bridge dan Old Trafford. 

Itu menjelaskan dimana pemain berkualiti dan mempunyai nama serta kualiti bukanlah murah.

Jelas sekali Arsenal tidak akan mampu menyaingi kelab-kelab elit lain sekiranya gagal beraksi dalam peringkat tertinggi Eropah.

Ini juga menjelaskan bahawa tiada gunanya sekiranya Kroenke mengubah polisi perbelanjaan kelab dengan mengeluarkan sendiri duitnya jika Arsenal masih beraksi di Liga Europa dan lebih malang sekiranya tersingkir dari saingan itu musim depan.

Gaji yang dibayar setiap kelab EPL mengikut posisi.

# Pasukan Pemain Penyerang Tengah Pertahanan Penjaga Gol
1 Manchester United 27 £43,460,000 £54,860,000 £47,475,000 £29,900,000
2 Manchester City 24 £34,647,000 £55,284,000 £39,526,000 £7,072,000
3 Liverpool 30 £32,780,000 £52,494,000 £39,240,000 £11,460,000
4 Chelsea 25 £32,600,000 £37,750,000 £48,880,000 £13,520,000
5 Arsenal 28 £45,467,273 £25,060,000 £37,270,000 £9,100,000
6 Tottenham 27 £56,840,000 £39,215,200 £25,020,000 £8,100,000
7 C. Palace 29 £23,390,000 £21,892,000 £27,480,000 £8,972,000
8 Everton 23 £21,580,000 £27,415,000 £27,608,000 £6,720,000
9 Leicester 25 £12,740,000 £26,848,000 £21,581,000 £8,996,000
10 West Ham 24 £21,820,000 £17,296,000 £19,764,000 £6,280,000
11 Newcastle 28 £15,081,000 £20,129,600 £17,079,600 £3,876,000
12 Aston Villa 24 £12,116,000 £20,539,396 £16,016,000 £2,600,000
13 Fulham 27 £8,580,000 £17,212,000 £18,766,800 £7,540,000
14 Southampton 24 £9,960,000 £18,710,000 £13,632,000 £7,340,000
15 Wolve 23 £11,140,000 £16,822,000 £16,085,000 £5,500,000
16 Brighton & Hove Albion 31 £8,930,000 £23,080,000 £9,942,000 £1,249,333
17 Burnley 22 £8,320,000 £11,128,000 £13,406,000 £2,620,000
18 West Brom 26 £2,272,000 £9,038,400 £8,890,000 £1,918,000
19 Leeds 25 £5,860,000 £6,128,200 £7,576,800 £2,528,000
20 Sheffield United 27 £6,351,600 £3,998,400 £6,617,800 £2,741,000

Post a Comment

Previous Post Next Post