Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Pencadang.

Cara bagaimana membuka akaun semasa tanpa memerlukan ‘introducer’.


Pening kepala memikirkan bagai cara hendak membuka akaun semasa bagi tujuan perniagaan anda kerana tidak memerlukan pencadang ataupun introducer?

Akaun semasa vs akaun simpanan.

Akaun semasa berbeza dengan akaun simpanan (akaun peribadi) kerana, jika anda menggunakan akaun simpanan untuk tujuan perniagaan, ianya boleh menyebabkan akaun bank anda disekat kerana terlalu banyak transaksi keluar dan masuk.

Cara terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku adalah dengan membuka akaun semasa bagi perniagaan anda (tiada had transaksi keluar masuk).

Untuk membuka akaun semasa perniagaan, prosesnya tidak sama dengan akaun simpan.

Terdapat syarat-syarat tertentu yang wajib dipenuhi.

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat membuka akaun semasa perniagaan dan cara membuka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer atau pencadang.

SYARAT BUKA AKAUN PERNIAGAAN

Antara beberapa syarat yang dikenakan oleh kebanyakan syarikat perbankan termasuk Maybank untuk membuka akaun perniagaan adalah:
  1. Salinan SSM
  2. Minimum deposit RM1000 (Maybank)
  3. Ada Introducer/ pencadang
  4. Ada stamp (cop) perniagaan
Namun kini, anda mampu mengabaikan syarat ketiga (sebagaimana diatas) iaitu pencadang (introducer).

Caranya adalah seperti diterangkan berikut.

CARA BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

Anda kini boleh melakukannya secara atas talian sahaja (online) dengan langkah mudah, jimat dan pantas.

1. Layari Laman Maybank2u

Layari laman sesawang Maybank2u dan lihat pada sudut sebelah kanan. klik pada “RECOMMEND ME AN ACCOUNT” yang berada dalam kotak hijau.

2. Isi Maklumat yang Diperlukan

Masukkan maklumat yang diperlukan seperti jualan perniagaan, jumlah pekerja, jenis akaun, jenis perniagaan dan lokasi pendaftaran perniagaan.

Selesai isi, klik “RECOMMEND ME AN ACCOUNT”.

3. Akaun Akan Dicadangkan

Maybank ada menyediakan 10 jenis akaun perniagaan. Setelah anda isi maklumat seperti di atas, anda akan dicadangkan satu jenis akaun yang bersesuaian dengan maklumat perniagaan anda.

Contohnya ia akan keluar satu jenis akaun seperti ini.


4. Klik ” I WANT TO APPLY NOW”

Jika anda ingin membuka akaun terus, klik pada ” I WANT TO APPLY NOW”.

5. Isi Maklumat Perniagaan

Isikan maklumat perniagaan anda secara lebih terperinci seperti yang diminta. Ikut langkah yang diberikan.

Tekan Save & Next sehingga selesai 100%.

Selesai dan berjaya!

Selesai mendaftar di Maybank2u, anda akan diminta untuk hadir ke cawangan Maybank terdekat yang menjadi pilihan anda ketika memohon (sebagaimana proses diatas) dan sediakan dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan kad pengenalan asli, salinan SSM serta deposit sebanyak RM1000 untuk aktifkan akaun.

Sediakan semua perkara ini sebelum ke Maybank:

  • MyKad
  • SSM Certificate Registration
  • SSM Form A
  • SSM Business Info
  • Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)

Kini anda mampu membuka akaun semasa Maybank tanpa pencadang.

Mudah kan…? Selamat mencuba.

            

Post a Comment

Previous Post Next Post