Martin Odegaard dipaksa keluar dengan kecederaan pergelangan kaki semasa Kelayakan Piala Dunia Norway menentang Gibraltar.
Odegaard nampaknya mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika beraksi untuk Norway menentang Gibraltar malam tadi dan khidmatnya menjadi persoalan sama ada mampu digunakan atau tidak dalam persiapan Arsenal menghadapi Liverpool.
Setiap kali menjelang rehat antarabangsa, setiap pengurus pasukan EPL yang mempunyai pemain beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing pasti gusar.
Kecelakaan akibat kecederaan pemain pasti mengganggu perancangan pasukan dan inilah yang mahu dielakkan setiap pengurus pasukan (kelab).
Pemain tengah yang dipinjamkan dari Real Madrid, Martin Odegaard mendapat penghormatan apabila diberikan peranan kapten Norway untuk pertama kalinya dalam kelayakan Piala Dunia menentang Gibraltar pada malam tadi.
Namun, aksinya berakhir pada separuh masa yang akan menjadi perhatian utama pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool minggu depan dan suku akhir Liga Europa menentang Slavia Praha.
Digantikan pada waktu rehat, Odegaard menyaksikan dari luar ketika rakan sepasukannya meraih kemenangan sebagai permulaan yang sempurna bagi kelayakan untuk kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Sekiranya kecederaan Odegaard lebih buruk daripada yang dijangkakan, sudah pasti Arteta akan kehilangan khidmatnya ketika menentang Liverpool minggu depan dan ia pasti akan menjadi tamparan hebat bagi The Gunners.
Bagaimanapun kecederaan yang dialaminya tidaklah begitu serius dan Arteta mampu menarik nafas lega.
Jurulatih pasukan kebangsaan Norway, Stale Solbakken telah mengesahkan bahawa Odegaard tidak mengalami kecederaan serius dan berharap dapat kembali menentang Turki pada hari Sabtu ini.
Norway's national team coach Ståle Solbakken confirms Martin Ødegaard has NOT suffered a serious injury. He hopes to have him back against Turkey on Saturday.
— Arilas Ould-Saada (@arilasos) March 24, 2021
Ini adalah berita baik untuk Arsenal, terutamanya apabila Arteta memuji prestasi pemain tengah itu ketika menentang West Ham United minggu lalu.
"Saya fikir dia mempunyai prestasi yang luar biasa, dia sangat bijak membaca permainan, cara dia mempengaruhi permainan dan sekali lagi dia menunjukkan betapa dia inginkan kemenangan," kata Arteta.
"Ketika semua orang sedikit gemetar, dia memberi kami ketenangan pada bola dan dia menciptakan peluang demi peluang.
"Saya suka pemain berbakat dan kreatif yang sepanjang masa sanggup mengambil bola dan membuat sesuatu berlaku, yang mudah berubah dan juga rajin.
"Dia adalah salah seorang dari mereka.
"Kami memiliki beberapa orang lain dengan kualiti yang berbeza tetapi memang benar bahawa dengan Martin sekarang, ia memberi kita peningkatan yang berbeza pada hal-hal tertentu yang tidak kita miliki."
Harap lawan Turki nanti Odegaard juga terselamat dari kecederaan kerana kita memerlukan khidmatnya dalam usaha membedil burung Liverpool.