Rumah Di Maria di pecah masuk dan keluarga menjadi mangsa tebusan.

Keluarga Angel Di Maria menjadi mangsa 'rompakan ganas' semasa kekalahan Paris Saint-Germain kepada Nantes, menurut laporan.

Angel Di Maria menikmati minggu indah bersama Paris Saint-Germain.

Pada hari Rabu, pasukannya menyingkirkan Barcelona untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dan pada hari Jumaat, diumumkan bahawa pemain berusia 33 tahun itu telah memperbaharui kontraknya bersama PSG sehingga tahun 2022 dengan pilihan tambahan setahun.

Namun keseronokan dan keindahan minggu tersebut ditamatkan pada semalam apabila segalanya bertukar menjadi ngeri.

Di Maria secara tiba-tiba dikeluarkan ketika saingan PSG dalam Ligue 1 menentang Nantes pada minit ke-62, setelah perbincangan antara pengurus Mauricio Pochettino dan pengarah sukan Leonardo. 

Pemain Argentina itu dikeluarkan dan dikawal oleh bos PSG, Mauricio Pochettino ketika menuju ke terowong (bilik persalinan).

Pengarah sukan PSG, Leonardo, dirakam oleh kamera TV yang mana beliau berhubung dengan Pochettino beberapa saat sebelum penggantian tersebut dilakukan.

Mantan bos Spurs itu kemudian memberitahu Di Maria mengenai keadaan 'misteri' dan pemain tersebut dilihat segera meninggalkan stadium dalam keadaan bersedih.

Maklumat awal yang keluar dari Perancis mendakwa anggota keluarga berada dirumahnya ketika rompakan berlaku dengan laporan mengatakan bahawa mereka dijadikan tebusan.

Media Perancis, RMC melaporkan bahawa kejadian itu telah bertukar menjadi "sangat ganas".

Marca kemudian mengesahkan keluarga DiMaria tidak dicederakan tetapi dijadikan tebusan.

Di Maria berkahwin dengan Jorgelina dan pasangan itu mempunyai dua anak kecil.

Juga dilaporkan bahawa rakan sepasukan Di Maria, Marquinhos juga menjadi sasaran pada hari Ahad, dengan rumah orang tuanya dipecah masuk.


PSG kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Nantes menyebabkan mereka kini turun satu anak tangga dengan menyerahkan tahta liga kepada Lille untuk memimpin Ligue 1.

Manakala, Pochettino mengisyaratkan kejadian tersebut setelah tamat perlawanan dengan mengakui bahawa bolasepak tidak berada di depan fikiran mereka selepas separuh masa.

Dia berkata: "Ada kekecewaan kerana kehilangan tiga mata, tetapi kami prihatin dengan perkara-perkara yang mungkin sudah anda ketahui.

"Situasi di luar bolasepak ada dan dapat menjelaskan babak kedua.

"Ini bukan alasan, tetapi mendorong penurunan tahap tenaga. 

"Pada separuh masa, kami membicarakan perkara selain bolasepak."

Insiden tersebut adalah yang terbaru dalam serangan yang membimbangkan di rumah bintang PSG.

Sebelum ini, rumah Mauro Icardi turut dipecah masuk pada bulan Februari ketika dia bermain dalam perlawanan menentang Lorient.

Rumah Thiago Silva, Dani Alves dan Eric Maxim Choupo-Moting juga telah dipecah masuk ketika  mereka bersama kelab Perancis itu.

Rumah Di Maria juga menjadi sasaran pencuri pada tahun 2015 ketika dia bermain untuk Manchester United.

Rakan sepasukannya, Wayne Rooney kemudian mendedahkan bahawa dia percaya kejadian itu adalah sebab mengapa Di Maria gagal menyinar di Old Trafford.

Rooney memberitahu Sunday Times: "Dia mempunyai anak kecil dan tinggal selang beberapa rumah dari saya dan seseorang cuba merompak dia. 

"Saya ingat itu semua dan ia benar-benar menakutkan dia dan keluarganya.

"Sejak itu, sungguh, kamu tahu ia akan menjadi sukar baginya dan mungkin lebih baik baginya untuk pergi [meninggalkan Old Trafford."

Semoga Di Maria dan keluarga selamat dari malapetaka ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post