Pemantauan pemain secara dekat 'selama berbulan-bulan'.
Mundo Deportivo memperincikan kisah pemburuan Arsenal untuk pemain tengah Real Betis, Guido Rodríguez dalam laporan yang diterbitkan mereka dua hari lalu.
Laporan tersebut mengatakan bahawa The Gunners 'akan' menandatangani pemain berusia 26 tahun itu pada musim panas ini, setelah melakukan pemantauan sepanjang musim di Sevilla.
The Gunners dilaporkan 'akan berusaha bersungguh-sungguh' untuk menandatanganinya selepas dikatakan kecewa dengan Thomas Partey, yang ditandatangani dari Atletico Madrid dengan perbelanjaan mencecah € 50 juta tahun lalu dan sekarang mahukan pemain lain untuk posisi itu.
Oleh itu, dengan Rodríguez yang menonjol di Betis dan The Gunners mempunyai scout yang mengawasinya dengan teliti ‘selama berbulan-bulan’, dia menjadi sasaran seterusnya untuk dibawa ke Emirates.
Mundo Deportivo mengatakan Betis memerlukan aktiviti penjualan dan perpindahan Rodríguez akan memberikan keuntungan yang besar kepada mereka.
Mereka hanya membayar € 3 juta untuk menandatanganinya dari Club America pada Januari 2020 dan sekarang dapat menjana keuntungan besar sekiranya menjual pemain itu.
Media tersebut tidak menyatakan berapa banyak yang akan ditawarkan oleh The Gunners untuk pemain tersebut namun pemain itu memiliki klausa pelepasan sebanyak € 80 juta.
Oleh kerana Betis hanya memiliki 75% keatas pegangan haknya dan baki pemilikan masih dimiliki dipegang oleh kelab lama Rodríguez (Club America), mereka perlu mempertimbangkannya ketika berunding.
Selain Rodríguez, Arsenal dikatakan juga berminat dengan pemain Betis yang lain, tetapi Mundo Deportivo tidak memberikan perincian lain mengenai hal itu.