Martin Odegaard mahu berjaya dan menjadi terkenal di Sepanyol
Cita-cita bintang Arsenal untuk berjaya di tempat lain tetap diteruskan walaupun tampil dengan cemerlang di Emirates.
Boleh dikatakan usaha The Gunners mendapatkan Martin Odegaard bertambah sukar dan mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Pemain tengah Arsenal yang dipinjamkan dari Real Madrid, Odegaard telah mengelak daripada membincangkan masa depannya, tetapi menekankan bahawa dia gembira di Emirates dan juga mendedahkan 'impian besarnya' untuk menjadi terkenal di Bernabeu.
Walaupun tidak mendapat tempat dibawah kendalian Zinedine Zidane, namun Ordegaard dapat menunjukkan kualitinya di bawah Mikel Arteta yang turut membantunya mendapatkan kembali kenyakinan dirinya.
Keinginan The Gunners untuk mengekalkan Ordegaard melebihi jangka masa pinjamannya tidak perlu disembunyikan lagi dengan semua pihak di kelab, bermula dari pengurus hingga ke pengarah teknikal dan termasuklah penyokong, semuanya mahu pemain itu dikekalkan.
Arsenal tidak mempunyai klausa pilihan membeli mahupun melanjutkan tempoh pinjamannya dan Real Madrid pula dikatakan tidak mahu melepaskan pemain itu.
Inilah yang menjadi punca kepada permasalahan sebenar dalam mendapatkan Odegaard secara kekal.
Selain itu, laporan Marca menyatakan bahawa pemain perancang itu 'masih bertekad' untuk berjaya bersama Los Blancos.
Walau bagaimanapun, perkara utama yang perlu dipastikannya adalah mengetahui apa yang diharapkan oleh pengurus kelab induknya dan peranannya pada musim depan di Madrid.
Mereka yang berada di Bernabeu juga jelas bahawa Odegaard adalah permata masa depan mereka dan percaya dia akan berjaya kelak.
Cuma sekarang adalah perlu pemain itu mempersiapkan dirinya secara fizikalnya dan mendapatkan kembali keyakinannya.
Walaupun Odegaard terkesan di Arsenal, hasratnya adalah untuk kembali ke Real Madrid dan berjaya di sana tetap menjadi keutamaannya.
Namun segalanya bergantung kepada pengurus Real Madrid sama ada mahu menggunakannya ataupun tidak.
Sekurang-kurangnya, dia mendapat jaminan daripada Arteta seandainya dia tidak lagi diperlukan disana.