Arsenal ‘sangat berminat’ dengan perancang Perancis untuk perpindahan musim panas ini.

Pemain Perancis baru-baru ini menukar ejen baharu bagi menguruskan perjalanan kariernya.

Dengan Mesut Ozil akhirnya sah menjadi pemain Fenerbahce, Arsenal membawa masuk Martin Odegaard untuk menambahkan kreativiti bahagian serangan pasukan sebagai ganti.

Pemain dari Norway itu menikmati aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali tanpa rasa segan silu dan menampilkan aksi yang mengagumkan, yang membuatkan ramai pihak terpukau.

Walaupun masih belum cukup untuk menggegarkan dunia bolasepak, namun persembahan yang ditunjukkannya sudah memadai kerana mampu mengucar kacir pasukan lawan selain membantu pasukan mencipta banyak peluang.

Ketika ini, terdapat banyak laporan mengatakan bahawa Arsenal ingin mengekalkan pemain pinjaman Real Madrid itu, tetapi nampaknya agak sukar, jika laporan terbaru dipercayai membawa maksud The Gunners akhirnya terpaksa melupakannya.

Susulan itu, timbul kembali kisah Arsenal untuk melihat pilihan lain dalam menggantikan Odegaard sekiranya segala usaha menemui kegagalan untuk mengekalkannya di Emirates.

Walaupun Houssem Aouar menjadi sasaran pada masa lalu dan sering dikaitkan dengan Arsenal, namun kali ini The Gunners difahamkan telah mengalihkan perhatian kepada salah seorang bekas rakan sepasukannya, Nabil Fekir, yang kini menjadi bintang di Real Betis.

Houssem Aouar

Pemain antarabangsa Perancis itu menghidupkan kembali penampilannya dengan pasukan La Liga, sehinggakan Manchester United dan Liverpool turut berminat mendapatkannya dan Estadio Deportivo percaya Arsenal ke mungkin akan termasuk dalam senarai itu.

Laman web Sepanyol menjelaskan bahawa walaupun terdapat 'banyak pasukan hebat' yang ingin menandatanganinya, 'terutamanya dua yang sangat berminat' di bahagian London dan Barcelona (melalui presiden mereka, Joan Laporta).

Fekir pada masa ini mempunyai klausa pelepasan € 90 juta dalam kontraknya, yang merupakan bayaran yang tinggi untuk kedua-dua kelab London itu.

Menjadi persoalan adakah Betis tetap berkeras dengan nilai tersebut ataupun mampu berunding sekiranya terdapat mana-mana pasukan berminat menandatangani Fekir.

Tetapi, satu langkah yang telah dibuat oleh pemain itu dilihat mungkin berpotensi menunjukkan dia mahu keluar dari kelab itu dalam masa terdekat.

Estadio Deportivo menjelaskan bahawa walaupun menghabiskan bertahun-tahun tanpa ejen, pemain perancangan itu telah memutuskan untuk 'meletakkan dirinya di tangan Promoesport', sebuah agensi yang berpusat di Catalonia.

Itu tidak bermaksud mereka akan memihak kepada Barcelona, ​​tetapi jelas Fekir mempunyai perancangan tersendiri, mungkin untuk mengelakkan masalah yang dihadapinya ketika cuba menandatangani kontrak dengan Liverpool.

Mungkin juga petanda baik untuk Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post