Odegaard mendedahkan pemain mana yang dia minta nasihat dalam melakukan perpindahan ke Arsenal.
Pemain berusia 22 tahun itu meminta pendapat tiga rakan senegaranya yang mempunyai pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Martin Odegaard telah mendedahkan dimana dia telah meminta nasihat dari tiga pemain Norway sebelum dia menyertai Arsenal secara pinjaman pada bulan Januari
Setelah gagal mendapatkan peluang di bawah Zinedine Zidane pada separuh pertama musim ini di Real Madrid, pemain berusia 22 tahun itu akhirnya memilih untuk berpindah dan menuju ke Utara London.
Sebelum berpindah ke England, pemain perancang itu telah bertanyakan kepada tiga rakan senegaranya yang mempunyai pengalaman beraksi di liga bolasepak Inggeris.
SIAPA TIGA PEMAIN YANG DI RUJUK?
Tiga pemain yang menjadi rujukan Odegaard adalah pemain Everton, Josh King, pemain tengah Sheffield United, Sander Berge dan Fulham, Stefan Johansen.
Odegaard mendedahkan perkara itu melalui saluran rasmi YouTube EPL: "Ya, saya bercakap dengan mereka berdua [Josh King dan Sander Berge).
"Saya juga bercakap dengan pemain lain yang pernah bermain di Fulham, Stefan Johansen.
"Dia adalah bekas kapten pasukan kebangsaan, jadi saya bercakap dengannya untuk mengetahui sedikit mengenai liga dan bagaimana mereka melihat liga.
"Mereka hanya mempunyai banyak perkara yang baik mengenai liga ini dan semuanya, dari sudut bolasepak mereka memberitahu saya banyak perkara baik.
"Liga Perdana Inggeris sangat besar di Norway, jadi saya membesar dengannya setiap minggu dan begitu juga dengan semua orang di Norway yang mengikuti liga dengan begitu dekat.
"Adalah impian untuk dapat bermain di sini."
MASA DEPAN BERSAMA ARSENAL.
Odegaard telah mempamerkan aksi mengagumkan dalam masa singkatnya di Utara London, menjadi bahagian penting dalam jenterea serangan Mikel Arteta.
Selain muda, dia juga mampu memberi saingan positif kepada seorang lagi pemain muda Arsenal yang sedang meningkat naik, Emile Smith Rowe.
Pemain perancang ini telah menjaringkan dua gol dalam 12 penampilan bersama The Gunners dan telah berada dalam kesebelasan permulaan untuk enam perlawanan terakhir EPL.
Setakat ini, boleh dikatakan dia adalah pemain pinjaman terbaik yang dimiliki Arsenal dan satu kerugian jika kehilangannya musim depan.
MAMPUKAH ARSENAL MENANDATANGANI ODEGAARD SECARA KEKAL?
Arsenal tidak mempunyai klausa pilihan pembelian dalam perjanjian pinjaman dengan Real Madrid ketika membawa masuk Odegaard Januari lalu.
Namun, ruang untuk mendapatkan pemain itu masih belum tertutup kerana Arsenal telah bersetuju untuk duduk berunding bersama gergasi Sepanyol pada musim panas ini bagi membincangkan apa yang akan terjadi selanjutnya terhadap pemain berusia 22 tahun itu.
Sebelum ini, masa depan Odegaard di Santiago Bernabeu tidak mendapat kepastian dan tidak menjadi pilihan Zidane namun bersama Arsenal, khidmatnya ditagih oleh Arteta dan mampu menjamin minit permainan yang diperlukannya.
Odegaard menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Real Sociedad sebelum kembali ke ibu negara Sepanyol setelah mempamerkan aksi memukau, namun dia tidak pernah mendapat kepercayaan sepenuhnya dari Zidane pada separuh pertama musim ini.
Walaupun Arsenal memiliki kelebihan dalam menjamin minit permain yang dicari oleh Odegaard, namun ianya bukan mudah untuk mendapatkannya secara kekal musim depan.
Mungkin lanjutan tempoh pinjaman sebagaimana yang dilakukan terhadap Dani Ceballos merupakan pilihan yang lebih realistik ketika ini.