Arsenal sangat berminat untuk menandatangani Vlahovic pada musim panas ini.

Pemain berusia 21 tahun itu digambarkan sebagai 'harta karun'.

Kisah Dusan Vlahovic ketika ini begitu mendapat tumpuan daripada media Itali yang melaporkan kisah perpindahannya dan semakin banyak kelab yang dikaitkan dengan pemain Fiorentina ini.

Calciomercato melaporkan bahawa dikalangan pihak yang berminat, terdapat lima yang 'paling aktif' dalam kes ini dan Arsenal disebut sebagai salah satu dari mereka. 

Menyertai The Gunners adalah RB Leipzig, AC Milan, AS Roma dan Atletico Madrid.

Lipsia, Milan, Roma, Atletico Madrid e anche Arsenal sono i club più attivi su Dusan Vlahovic. L'attaccante della Fiorentina è l'eredità più importante lasciata da Cesare Prandelli alla società viola: la valorizzazione di un talento che, a soli 21 anni, rappresenta un tesoretto dal valore inestimabile.                                      

Vlahovic digambarkan sebagai 'harta karun' bagi kelab Florence itu dan dikatakan nilainya tidak dapat dianggarkan. 

Pasukan Serie A tidak mahu menjual pemain berusia 21 tahun itu di musim panas namun, kewangan yang sukar di dunia bolasepak sekarang boleh mengubah keadaan sekiranya usaha untuk mendapatkan tandatangannya dimulakan.

Penyerang itu menyertai Fiorentina dari Partizan pada 2018 dan musim ini menyaksikannya menghasilkan persembahan serta statistik yang menarik perhatian seluruh Eropah. 

Dalam 27 perlawanan Serie A, dia telah menjaringkan 12 gol dan merekodkan dua bantuan gol.

Minat Arsenal mungkin bergantung kepada apa yang akan berlaku terhadap Alexandre Lacazette di pasaran perpindahan musim panas nanti. 

Pemain Perancis itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuk mereka di Serie A dan sekiranya dia meninggalkan kelab Emirates, maka itu akan menjadikan The Gunners kemungkinan akan mendapatkan pemain Serbia itu sebagai pengganti.

Post a Comment

Previous Post Next Post