Lima pemain muda yang mampu memberi penjimatan kepada Arsenal

Lima pemain muda Arsenal yang dapat menyelamatkan Edu berjuta-juta pound di pasaran perpindahan.

Arsenal mempunyai ujian yang sukar menjelang jendela perpindahan musim panas kerana kewangan yang ketat tetapi dapat menjimatkan wang kerana pemain-pemain muda ini.

Musim Arsenal kali ini dapat dilihat dalam dua bahagian, dengan bahagian pertama musim ini menjadi bencana tetapi babak kedua menunjukkan peningkatan yang cukup besar.

Mikel Arteta terus maju dengan rancangannya untuk meremajakan skuad dan musim depan akan menjadi penentu kepada kejayaan rancangannya itu.

Musim depan juga menjadi musim kedua penuh dirinya memikul tanggungjawab selaku pengurus pasukan dan beliau telah melakukan rombakan dengan ketara dalam beberapa bulan terakhir.

Aktiviti perpindahan Januari menyaksikan Arsenal memberi tumpuan terutamanya kepada pengurangan pemain yang menerima pendapatan tinggi, membentuk skuad dengan lebih berkesan dari segi jumlah pemain.

Tetapi musim panas ini akan menyaksikan The Gunners mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan pemain masuk sekali lagi.

Tawaran menarik berlaku pada musim panas lalu dengan The Gunners berjaya menandatangani Thomas Partey dan Gabriel Magalhaes, sementara Martin Odegaard pula berjaya dipinjamkan dari Real Madrid pada Januari, turut menjadi perhatian untuk dibawa masuk secara kekal musim depan.

Thomas Partey dan Gabriel Magalhaes, dua pemain yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas lalu. 

Namun, dengan perhatian terhadap aktiviti perpindahan dilihat menjadi ketat (kewangan), Arsenal juga mendapat manfaat daripada pemain muda yang berjaya membuktikan nilai mereka dalam penglibatan bersama pasukan utama.

Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe begitu menonjol dengan aksi yang menyakinkan dan menjadikan kisah kejayaan mereka mendapat liputan media masa ketika ini.

Arsenal sudah tentu berharap dapat melihat pemain muda lain memberi impak besar pada musim depan setelah berdepan dengan situasi kewangan yang begitu ketat kerana pandemik corona virus, selain itu The Gunners turut kehilangan beberapa pemain berprofil tinggi pada jendela perpindahan lalu.

Syukurlah, pemain muda yang masuk ke dalam skuad tidak memerlukan bayaran perpindahan dan kami telah menyenaraikan lima pemain yang dapat menyelamatkan Edu daripada berbelanja berjuta-juta di pasaran perpindahan.

1. Gabriel Martinelli

Pemain berusia 19 tahun ini memberi kesan dengan segera di Arsenal musim lalu setelah kedatangannya dari Amerika Selatan tetapi perkembangannya terbantut disebabkan oleh masalah kecederaan jangka panjang.

Semenjak itu peluangnya sering terbatas walaupun mula kembali cergas musim ini.

Gabriel Martinelli masih dinilai tinggi oleh Arsenal dan pemain Brazil itu dapat memberi impak yang cukup besar musim depan, kerana dia telah berlatih sebagai penyerang tengah - yang dapat memberikannya lebih banyak peluang setelah Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah, keduanya akan memasuki tahun terakhir kontrak mereka.

Itu akan membuat Arsenal tidak memiliki banyak pilihan (squad depth) di bahagian final third dan Martinelli boleh memanfaatkan peluang terbesar itu, walaupun penyerang lain mungkin dibawa masuk pada musim panas nanti.

2. William Saliba

Arsenal telah membayar harga yang cukup besar untuk membawa William Saliba ke Emirates tetapi peminat masih belum melihat pemain Perancis ini beraksi bersama skuad utama The Gunners.

Dia menghabiskan musim lalu bersama St. Etienne dan kembali ke Perancis pada Januari lalu untuk bergabung dengan OGC Nice hingga akhir musim ini secara pinjaman.

Arsenal telah mengosongkan beberapa kerusi dibahagian pertahanan dengan kita menyaksikan Sokratis Papastathopoulos dan Shkodran Mustafi keluar pada Januari lalu.

Manakala Sead Kolasinac pula dipinjamkan kepada Schalke 04 untuk musim ini.

Ini juga bermakna Arteta tidak memiliki banyak pilihan pada posisi tersebut selain kemungkinan David Luiz bakal meninggalkan pasukan apabila kontraknya di Emirates tamat pada akhir kempen. 

Itu akhirnya dapat melihat Saliba mampu menerima peranan dalam pasukan utama, bersaing dengan pemain seperti Gabriel Magalhaes, Pablo Mari dan Rob Holding untuk permulaan tetap skuad utama The Gunners.

3. Folarin Balogun

Masa depan Folarin Balogun masih tidak menentu dengan kontrak penyerang muda ini akan berakhir pada penghujung musim ini.

Setakat ini, dia masih belum diberikan tawaran kontrak baharu walaupun Mikel Arteta menjelaskan bahawa beliau berhasrat untuk mengekalkan khidmat lulusan akademi Hale End ini.

Sekiranya perjanjian baharu dijamin, Balogun dapat mengambil peranan seperti posisi yang sering diisi oleh Eddie Nketiah yang bermaksud dengan memberi peluang dalam kejohanan domestik lain (EFL Cup dan League Cup) serta Liga Europa, seperti memberinya kesempatan untuk membuktikan kehebatan dan potensi sebenar sebelum dinilai dan memperolehi peluang dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Apa-apa pun, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menandatangani perjanjian baharu dan jika itu tidak berlaku, keperluan Arsenal untuk menandatangani penyerang baharu dilihat semakin meruncing.

4. Miguel Azeez

Kekurangan perlindungan kepada barisan pertahanan Arsenal dari bahagian tengah diselesaikan pada musim panas lalu dengan kemasukan Thomas Partey dari Atletico Madrid tetapi alternatif untuk pemain Ghana itu tidak ada, yang menyebabkan masalah musim ini ketika pemain tersebut tidak dapat digunakan kerana kecederaan.

Namun, di belakang tabir, Miguel Azeez telah menarik perhatian setelah membuat penampilannya tahun lalu untuk bersinar di depan barisan pertahanan.

Malah dia juga memiliki kemampuan untuk melakukan killer pass sama seperti Partey, yang telah menjadi aset penting (pivot) dalam rancangan Arteta untuknya pasukan The Gunners.

Pemain berusia 18 tahun itu dapat mengikuti jejak langkah seperti Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe yang beraksi dalam pasukan utama musim depan.

5. Daniel Ballard

Pada masa ini, Daniel Ballard beraksi secara pinjaman dengan Blackpool dan aksinya begitu terkesan bersama pasukan Liga Satu.

Malah dia telah menjadi pemain senior skuad antarabangsa Ireland Utara setelah melakukan debut tahun lalu, dengan memperoleh lima caps keseluruhan.

Pada usia 21 tahun, langkah Ballard berikutnya adalah untuk bolasepak yang lebih teratur di peringkat yang lebih tinggi dan, walaupun itu mungkin tidak segera datang di Arsenal, ini boleh menjadi langkah penting dalam perkembangannya sebelum mendapatkan peranan dalam rancangan pasukan utama Mikel Arteta pada masa akan datang.

Sudah sekian lama Arsenal tidak memiliki pertahanan tengah yang mantap yang dihasilkan melalui pemain muda (akademi) tetapi harapan tetap tinggi untuk tahun-tahun mendatang bagi kita menyaksikannya.

Mampukah kelima-lima ini menjadi sebahagian daripada skuad utama Mikel Arteta musim depan? 

Apa kata anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post