Dortmund bagaikan memberi amaran kepada pihak yang berminat mendapatkan Erling Haaland.
Pemain antarabangsa Norway itu berada dalam senarai sasaran kelab seperti Barcelona, Manchester United, Manchester City, Chelsea, dan Real Madrid.
Sekarang, ESPN melaporkan bahawa Borussia Dortmund telah meletakkan harga pemain tersebut dengan nilai setinggi € 180 juta dalam usaha untuk mencuba dan menjaganya kekal bersama mereka.
Erling Haaland's transfer fee this summer has been set by Borussia Dortmund, sources told ESPN, with interested clubs needing €180 million in order to land one of the most sought after players in world football.Masih muda dan berusia 20 tahun, Haaland telah mempamerkan ciri-ciri penyerang yang sempurna untuk mana-mana kelab.
Dia mempunyai kepantasan, kekuatan dan penyudah berbisa yang mampu menyesuaikan diri dalam mana-mana liga sekalipun.
Namun, terdapat tanda-tanda yang semakin kuat menunjukkan bahawa Dortmund tidak bersedia melepaskan pemain tersebut dan mencuba segala helah bagi memastikan pemainnya itu tetap berada bersama mereka selepas musim panas ini.
Walaupun Dortmund masih mengikat pemain tersebut dalam kontraknya sehingga 2024, namun beberapa hari lalu, pengarah sukan mereka, Matthias Sammer memberi amaran bahawa para pemain tidak boleh memikirkan langkah perpindahan sebelum berada di tahun terakhir kontrak masing-masing.
Sekarang, penilaian setinggi € 180 juta nampaknya telah dilakukan dengan tegas untuk menakut-nakutkan kelab yang berminat.
Pada masa sekarang, hampir setiap kelab ternama mengalami detik sukar dalam kewangan masing-masing ekoran wabak corona virus.
Setiap kelab, selain dari Chelsea pasti akan berfikir dua kali untuk menghabiskan sejumlah besar wang pada masa ini.
Haaland ditandatangani dari FC Salzburg pada Januari 2020 dan sejak itu, dia telah mencipta nama dengan 49 gol untuk mendapat gelaran 'mesin gol'.
Gol-gol ini bukan hanya dijaringkan ketika menentang kelab 'cikai', kerana Haaland memiliki 10 gol yang luar biasa hanya dalam enam penampilan Liga Juara-Juara musim ini.