Kelab bersedia untuk menerima durian runtuh dari potensi perpindahan pemain ke Arsenal.
Malah mereka turut mengharapkan perpindahan itu akan berlaku dalam jumlah yang besar.
River Plate akan mendapat keuntungan secara kewangan pada musim panas ini jika Arsenal terus maju dalam gerakan menandatangani pemain tengah Real Betis, Guido Rodríguez.
Itulah apa yang dilaporkan oleh El Intransigente hari ini, yang menjelaskan bahawa hak latihan River sebanyak 5% dimiliki mereka dapat memberikan keuntungan walaupun dalam jumlah yang kecil tetapi signifikan jika pemain tersebut berpindah ke Emirates.
Rodríguez telah muncul sebagai sasaran berpotensi untuk Arsenal dalam akhir-akhir ini, dengan laporan di Sepanyol menyatakan bahawa mereka telah mengikutinya selama berbulan-bulan dan berhasrat untuk menandatanganinya pada musim panas ini.
Perkara ini disokong semalam oleh Mundo Deportivo, yang menambah bahawa Arsenal mungkin terpaksa menebus klausa pelepasan pemain tengah itu yang berjumlah € 80 juta jika diminta untuk menawarkan harga.
Itu adalah angka yang tidak mungkin mampu ataupun tidak akan dibayar oleh Arsenal, tetapi kemungkinan dia akan berpindah dengan bayaran yang besar, dan akhirnya River Plate tetap akan menerima keuntungan.
Mereka (River) memegang hak latihan terhadap Rodríguez, yang mana pemain ini telah bersama mereka bermula dari skuad Bawah 20 tahun sebelum menjalani pinjaman di Defensa y Justicia dan kemudian berpindah ke Club Tijuana pada 2016.
Oleh itu, River memiliki sebanyak 5% dari sebarang yuran perpindahan masa depan sebagai sebahagian daripada skema solidariti FIFA, jadi langkah € 80 juta akan menyaksikan mereka menerima 'durian runtuh'.
Itu tidak mungkin berlaku, tetapi jika kesepakatan itu berlaku, ia akan menjadi 'jumlah yang besar' dan dapat menguntungkan River dengan 'sejumlah wang yang menarik' ketika kedudukan kewangan kelab yang ketat ketika ini.