Guendouzi perlu lebih matang susulan komen terbarunya.

Guendouzi diberitahu untuk 'matang' dan 'mematuhi' setelah mengeluarkan komen terbaru mengenai masa depannya di Arsenal.

Matteo Guendouzi perlu menjadi lebih matang jika dia ingin kembali mengembangkan karierya bersama Arsenal, menurut Kevin Campbell.

Bekas penyerang The Gunners mengatakan bahawa pemain berusia 21 tahun itu masih dapat diberi peluang kedua di bawah Mikel Arteta tetapi hanya jika dia mematuhi peraturan yang ditetapkan pengendali pasukan.

Guendouzi dihantar ke Hertha Berlin dalam perjanjian pinjaman sepanjang musim pada bulan Oktober, setelah tidak lagi menjadi pilihan di Emirates.

Dia telah membuat 19 penampilan untuk pasukan Bundesliga itu musim ini dan menjaringkan dua gol dan satu assist.

Bercakap mengenai masa depannya minggu lalu, Guendouzi mengatakan bahawa dia akan "memberikan segalanya untuk kelab, peminat dan pasukan" ketika kembali semula ke Arsenal pada musim panas ini.

Ditanya adakah pemain tengah itu memiliki masa depan di Emirates, Campbell mengatakan: “Dengar, dia memiliki masa mencukupi untuk memikirkannya.

"Anda mesti matang.

“Adakah Guendouzi pemain berbakat? 

"Sudah tentu, dia adalah pemain yang hebat. 

"Dia adalah pemain yang sangat bagus.

"Masalahnya adalah, dia bukanlah orang yang menguruskan pasukan. 

"Pengurus yang merencakan corak dan taktikal pasukan, dan dia harus mengikut kehendak pengurus itu. 

"Sekiranya dia bersedia untuk mematuhi, saya yakin Arteta akan memberinya peluang untuk kembali dan membuktikan kebolehannya itu.

Hubungan Arteta dan Guendouzi tidak sebulu selepas pemain itu dikatakan gagal mengikuti arahannya.

"Namun, jika dia masih kebudak-budakan dan tidak mematuhi arahan maka kelab harus berusaha menyingkirkannya.

"Segalanya menuju ke arah yang betul sekarang. 

"Kita tidak memerlukan nila setitik untuk merosakan susu sebelanga."

Post a Comment

Previous Post Next Post